Monday, December 23, 2024

BAHASA ETNIK SABAH SEMAKIN PUPUS

Datuk OKK Titing (tengah) ketika melawat pameran pada Program Cultural Pit Stop (Hentian Budaya) di Muzium Budaya Tawau.

Nilam Raon

TAWAU: Sabah berdepan isu kepupusan bahasa etnik jika tidak ditangani secara serius, kata Pengerusi Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah, Datuk OKK Titing Putang.

Menurutnya, hasil kajian daripada Universiti Malaysia Sabah (UMS) ketika ini Sabah mengalami kepupusan etnik bahasa sebanyak 30 peratus atau berada dalam zon kuning.

“Jadi ini antara usaha kita untuk mempertahankan bukan sahaja etnik budaya tetapi juga dari segi bahasa melalui penganjuran Pusat Hentian Budaya dan mewujudkan muzium budaya di setiap daerah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media pada Majlis Pelancaran Program Cultural Pit Stop (Hentian Budaya) di Muzium Budaya Tawau di sini kelmarin.

Katanya, setiap penggiat etnik juga perlu memainkan peranan penting agar kebudayaan warisan yang dimiliki terus dipertahan dan tidak tercemar dengan arus pemodenan.

Terdahulu beliau berkata, program hentian budaya itu akan diperluas ke kawasan lain dengan Kinabatangan akan menjadi destinasi ketiga penganjuran program berkenaan selepas Kota Belud dan Tawau.

Pelbagai acara diadakan sepanjang program berkenaan berlangsung antaranya pameran etnik, pertandingan busana tradisi, menghias beca dan nyayian lagu tradisi.

– Tv Sabah News

Banner Content

0 Comments

Leave a Comment

Verified by MonsterInsights