Athur Joseph Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras BN Sabah baharu

photo 2026 01 22 16 28 03

Kuala Lumpur: 22 Januari 2026 – Barisan Nasional (BN) melantik Datuk Seri Arthur Joseph Kurup sebagai Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras BN Sabah yang baharu.

Pelantikan itu diumumkan dalam mesyuarat Dewan Tertinggi BN, yang turut melantik Datuk Jafry Ariffin sebagai Timbalan Pengerusi dan Datuk Mohd Hasnol Ayub sebagai Setiausaha Jawatankuasa Penyelaras BN Sabah.

Menurut Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, pelantikan ini menunjukkan komitmen BN untuk memastikan penyelarasan yang lebih berkesan serta kesiapsiagaan menghadapi cabaran politik semasa.

Mesyuarat Dewan Tertinggi BN juga menerima penyertaan semula Parti Progresif Penduduk Malaysia (PPP) sebagai parti komponen, sekali gus memperkukuh gabungan politik berbilang kaum di bawah BN.

“Penyertaan semula PPP selaras dengan semangat BN untuk terus memperkukuh gabungan politik berbilang kaum di bawah satu payung perjuangan yang inklusif dan progresif,” katanya.

Sementara itu, BN memaklumkan persiapan jentera parti sedang dijalankan bagi menghadapi kedua-dua pilihan raya kecil (PRK) berkenaan.

Sumber : UmnoOnline

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


TV Sabah | News Portal