KOTA KINABALU : 7 Jun 2026 – Lebih 20 pengusaha hotel, restoran, kafe dan bistro di Sabah menerima anugerah pada Malam Anugerah The Signature Food Fest (TSFF) kali kelima yang berlangsung di sebuah hotel di Kota Kinabalu, malam tadi.
Festival TSFF ini dahulunya terakhir kali diadakan pada 2017. Kini ia dianjurkan semula untuk menjadikan Sabah sebagai tempat tumpuan pelancongan makanan di rantau ini.
Datuk Joniston Bangkuai, Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, berkata industri makanan dan minuman sangat penting untuk memberi pengalaman menarik kepada pelancong.
“Pelancongan makanan kini menjadi tarikan utama. Sabah ada keistimewaan kerana budaya dan makanan tempatan yang pelbagai,” katanya ketika merasmikan majlis anugerah itu di Grandis Hotels & Resorts.
Pada majlis tersebut, Grandis Hotels & Resorts menerima Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat TSFF. Manakala Happy Place Restaurant menerima Anugerah Kecemerlangan Hospitaliti Terbaik.
Festival ini berlangsung sepanjang bulan Mei lalu dan disertai oleh hotel, restoran, kafe dan bistro dari seluruh Sabah.
