Anak yatim dan asnaf perlu sokongan berterusan – Julita

IMG 20260304 WA0067

KOTA KINABALU: 5 Mac 2026 – Seramai 61 anak yatim dan golongan asnaf diraikan dalam Majlis Berbuka Puasa anjuran Majlis Penasihat Wanita Sabah (MPWS) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) pada Selasa.

IMG 20260304 WA0066

Inisiatif itu dilihat sebagai permulaan dan bukan pengakhiran kata Menteri Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah (KWKKR), Julita Majungki, yang turut menekankan keperluan sokongan terhadap golongan rentan berterusan.

“Kita tidak boleh hanya mengingati anak-anak ini pada bulan tertentu sahaja. Mereka adalah sebahagian dari komuniti kita dan berhak menerima perhatian, sokongan serta peluang yang berterusan untuk membina masa depan yang lebih baik,” katanya.

Sokongan yang komprehensif dan berterusan terhadap anak yatim dan golongan asnaf, merangkumi aspek kebajikan, pendidikan, dan bimbingan, adalah tanggungjawab bersama.

Majlis Berbuka Puasa ini menjadi peringatan untuk terus berusaha membela nasib mereka, memastikan tiada golongan tertinggal dalam arus pembangunan di Sabah.

Turut hadir Pengarah Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah (JHEWA), Haslina Ismail serta Ketua Pegawai Eksekutif SICC, Datuk Rosmawati Lasuki.

Cap gambar: YB Datuk Julita menyampaikan duit raya kepada anak-anak yatim semasa majlis berbuka puasa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


TV Sabah | News Portal