Amerika Syarikat lancar serangan terhadap militant Islamic di Nigeria – Trump

1001532503

Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, berkata tentera AS telah melancarkan serangan ke atas militan Islamic State (ISIS) di utara-barat Nigeria, selepas berbulan-bulan mengecam kumpulan itu kerana mensasarkan orang Kristian.

Dalam satu hantaran di platform Truth Social, presiden itu berkata: “Malam ini, mengikut arahan saya sebagai Commander In Chief, Amerika Syarikat melancarkan serangan yang berkesan dan mematikan terhadap ISIS Terrorist Scum di Northwest Nigeria, yang telah mensasarkan dan membunuh secara kejam, terutama orang Kristian yang tidak bersalah, pada tahap yang tidak pernah dilihat bertahun-tahun, malah berabad-abad!

“Saya sebelum ini telah memberi amaran kepada pengganas ini bahawa jika mereka tidak berhenti membunuh orang Kristian, akan ada neraka menanti, dan malam ini, itu telah berlaku. Department of War melaksanakan beberapa serangan yang sempurna, seperti yang hanya mampu dilakukan oleh Amerika Syarikat.”

Ketua Pentagon, Pete Hegseth berkata dia bersyukur atas sokongan dan kerjasama kerajaan Nigeria.

Kawasan hutan di Sokoto, yang bersempadan dengan Niger di utara, telah digunakan sebagai pangkalan oleh kumpulan lanun bersenjata dan ahli Islamic State Sahel Province (ISSP) yang dikenali setempat sebagai ‘Lakurawa’.

Kementerian Luar Nigeria berkata serangan itu dilakukan sebagai sebahagian daripada kerjasama keselamatan berterusan dengan AS, yang melibatkan perkongsian maklumat dan penyelarasan strategik untuk menumpukan kumpulan militan.

“Ini telah membawa kepada serangan tepat terhadap sasaran pengganas melalui serangan udara di Utara Barat,” kata kementerian itu dalam hantaran di X.

Menteri luar Nigeria, Yusuf Tuggar berkata serangan itu akan menjadi proses berterusan, yang juga melibatkan negara lain.

Trump sebelum ini berkata beliau akan melancarkan campur tangan tentera AS secara “guns-a-blazing” di Nigeria, kerana kerajaan negara itu gagal dalam usaha menghentikan serangan terhadap orang Kristian oleh kumpulan Islamist.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


TV Sabah | News Portal