Akuzawa Berusia 102 Tahun Tawan Gunung Fuji

Gambar Amakuzawa 103 Tahun

MAEBASHI, TOKYO: 6 September 2025 – Seorang warga emas Jepun, Kokichi Akuzawa, mencatat sejarah apabila berjaya menawan puncak Gunung Fuji pada usia 102 tahun, menjadikannya pendaki tertua yang mencapai ketinggian 3,776 meter itu.

Pendakian bersejarah tersebut dilakukan pada 5 Ogos lalu bersama anaknya yang berusia 70 tahun serta rakan-rakan dari kelab pendakian.

Walaupun berdepan cabaran kesihatan pada masa lalu termasuk penyakit jantung dan jangkitan kulit shingles, semangat kental Akuzawa membolehkan beliau menamatkan perjalanan yang mencabar di gunung berapi ikonik di Jepun.

Rekod terbaru ini menambah senarai pencapaian luar biasa warga emas Jepun yang terkenal dengan gaya hidup aktif.

Akuzawa kini mengisi masanya dengan kerja-kerja sukarela serta melukis, malah berhasrat menghasilkan lukisan matahari terbit dari puncak Gunung Fuji sebagai kenangan.

Kejayaan beliau bukan sahaja mengukuhkan imej Gunung Fuji sebagai simbol ketabahan, malah memberi inspirasi kepada generasi muda bahawa usia bukan penghalang untuk mencapai impian.

Sumber: AP News

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Sponsored

Ready to get noticed? Advertise with us!


 

This will close in 5 seconds

TV Sabah | News Portal