adidas dan Sabah FC Lancar Jersi Home dan Away untuk Musim 2025/26 Menandakan Kebangkitan Sang Badak

WhatsApp Image 2025 09 04 at 6.12.28 PM

KOTA KINABALU, 4 SEPTEMBER 2025 — adidas dan Sabah FC hari ini melancarkan jersi rasmi kelab bagi musim 2025/26 menerusi acara “The Rise of the Rhinos” yang berlangsung di Suria Sabah. Kerjasama ini mencatat sejarah apabila Sabah FC menjadi kelab bola sepak Malaysia pertama yang ditaja oleh adidas musim ini, sekali gus mengukuhkan komitmen jenama global tersebut dalam menyokong perkembangan bola sepak tempatan.

Rekaan jersi baharu ini menggabungkan elemen tradisi dengan teknologi moden berprestasi tinggi. Jersi Home tampil berani dengan warna merah yang melambangkan semangat dan kebanggaan Sang Badak, manakala jersi Away tampak menyerlah dengan warna biru yang menjadi simbol kekuatan dan perpaduan. Kedua-dua jersi ini menampilkan rekaan ringkas namun bergaya dengan lambang rasmi Sabah FC, sebagai tanda penghormatan kepada identiti kelab.

“Malaysia memiliki potensi bola sepak yang luar biasa, dan adidas berbangga kerana dapat melabur dalam arena tempatan melalui kerjasama bersama Sabah FC,” kata Pengurus Negara adidas Malaysia, Preston Page. “Selepas menamatkan saingan Liga Super Malaysia di tempat ketiga musim lalu, Sabah FC telah membuktikan diri mereka sebagai salah satu

pasukan paling kompetitif dan menarik di negara ini. Bola sepak mempunyai kuasa unik untuk menyatukan masyarakat. Melalui kerjasama ini, kami berhasrat mencipta detik serta pengalaman yang bermakna bersama, di samping memberi inspirasi kepada pemain pelapis bola sepak di seluruh Malaysia,” tambah beliau lagi.

Sementara itu, Timbalan Ketua Menteri Sabah, Menteri Kerja Raya dan Presiden Persatuan Bola Sepak Sabah, YB Datuk Ir. Shahelmey Yahya berkata, “Kerjasama ini membuktikan keyakinan jenama global seperti adidas terhadap Sabah FC sebagai salah sebuah kelab terbesar di Malaysia. Ia bukan sahaja mencerminkan keyakinan pada prestasi pasukan di atas padang, tetapi juga pengiktirafan kepada pengurusan kelab yang terus mencatatkan peningkatan.”

Selepas pelancaran jersi rasmi, para peminat berpeluang menyertai sesi Ramah Mesra bersama para pemain Sabah FC di Sportmart Suria Sabah. Para penyokong dapat bertemu dan beramah mesra dengan wira bola sepak tempatan mereka, selain bergambar, dan mendapatkan tandatangan pada jersi, mencipta detik istimewa yang mengeratkan lagi hubungan antara pasukan dan komuniti menjelang musim baharu.

Jersi Home dan Away Sabah FC 2025/26 dijual pada harga RM169 dan kini boleh didapati di:

  • adidas, Imago Shopping Mall KK
  • adidas, Suria Sabah 
  • Ararat Alamesra
  • Ararat Keningau
  • Sportmart Api-api
  • Sportmart Imago
  • Sportmart Labuan
  • Sportmart Sandakan
  • Sportmart Suria
  • Sportmart Tawau
  • Sportmart Tawau 2

secara dalam talian di adidas.com.my (Jersi Home boleh didapati pada hujung September)

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai adidas, sila layari www.adidas-Group.com. Untuk lebih banyak berita tentang adidas, sila kunjungi adidas NEWS | Sumber Media untuk semua Jenama, Sukan dan Inovasi adidas.

Laman sesawang rasmi: www.adidas.com.my

Facebook: www.facebook.com/adidasMYInstagram: @adidasMY

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Sponsored

Ready to get noticed? Advertise with us!


 

This will close in 5 seconds

TV Sabah | News Portal