BAND REMAJA ‘FUNKAFIZE’ DARI TAMBUNAN (HOUSE OF MUSIC ARTS) RAIH NAIB JOHAN ROCKFEST 2025

PETALING JAYA, KUALA LUMPUR: 8 September 2025 — Kumpulan remaja Funkafize dari House of Music Arts berjaya meraih gelaran Naib Johan dalam pertandingan muzik tahunan Rockfest 2025 yang berlangsung di Petaling Jaya Performing Arts Centre (PJPAC).

Pertandingan ini diadili oleh para juri profesional antarabangsa dari New Zealand, Australia dan United Kingdom.

Pertandingan yang dipenuhi debaran itu menyaksikan saingan sengit daripada kumpulan-kumpulan muzik remaja tempatan dan antarabangsa.

Gelaran Johan akhirnya dimenangi kumpulan Predator dari Indonesia dengan persembahan bertenaga yang begitu memukau penonton serta juri.

Menurut pihak penganjur, tahap persembahan tahun ini begitu tinggi sehingga setiap kumpulan tidak mempunyai ruang untuk melakukan kesilapan walau sekecil mana pun, kerana ia mampu mengubah kedudukan keseluruhan.

Kejayaan ini dianggap satu pencapaian penting buat Funkafize, dan studio House of Music Arts, sekali gus membuka lembaran baharu dalam perjalanan mereka di pentas muzik remaja tanah air.

Tahniah buat tenaga pengajar anak-anak jati Tambunan, Arddley Nicholas dan juga Nick Auddrey Nicholas, kerana membimbing mereka dari awal proses latihan dan persediaan sehinggalah mereka meraih kejayaan ini.

Kumpulan band remaja Funkafize terdiri daripada, Joel Nelson (ketua band dan bassist), Aubedient Bede (Keys), Noah Nathan Joseph (support keys), Caydenchen Geordan Muhaidi (drum), Adelle Pearl Alexcander (Guitarist), Olanda Iva Nelson (penyanyi) dan Mohd. Nazril bin Abdullah (penyanyi).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


TV Sabah | News Portal