Sabah Fest 2025 Tampil Meriah, Raikan Kepelbagaian Budaya Sabah

sabah fest

KOTA KINABALU: 30 Ogos 2025– Festival kebudayaan terbesar negeri, Sabah Fest 2025, dilancarkan secara rasmi malam ini di Jalan Jati, Gaya Street dengan penuh warna-warni persembahan kebudayaan mewakili lima bahagian utama Sabah, Pantai Barat, Kudat, Sandakan, Tawau dan Pedalaman.

Majlis pelancaran disempurnakan oleh Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Seri Panglima Christina Liew, yang menyifatkan festival kali ini sebagai wadah penyatuan rakyat melalui kepelbagaian budaya.

sabah fest 2

“Sabah Fest lebih daripada sekadar festival. Ia adalah usaha memelihara warisan, memperkasa komuniti, serta membawa dunia merasai keunikan semangat Sabah,” katanya.

Dengan tema “Unity in Diversity: Culture Unites Us”, festival ini akan berlangsung selama sebulan bermula hari ini, bertepatan dengan sambutan Hari Kebangsaan, Hari Sabah dan Hari Malaysia

Antara acara utama Sabah Fest 2025 ialah Unity Fun Run & Walk pada 6 September, Mini Carnival di Imago Mall (6–7 September), Grand Extravaganza di Oceanus Boardwalk (27–28 September), serta pameran budaya di Gaya Street, Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu dan Suria Sabah Mall.

Mengakhiri ucapannya, Datuk Seri Panglima Christina Liew turut mengucapkan Selamat Hari Kebangsaan kepada semua rakyat Malaysia, sambil berharap Sabah Fest menjadi platform memupuk semangat patriotisme melalui seni dan budaya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Sponsored

Ready to get noticed? Advertise with us!


 

This will close in 5 seconds

TV Sabah | News Portal