Pemandu 4WD maut, pemandu lori lari, tertinggal dompet dan pengenalan diri

Share the news

TUARAN: 1 April 2025 – Seorang lelaki maut tersepit selepas pikapnya dirempuh lori treler dalam kemalangan di Jalan Tamparuli – Ranau, Kampung Minangkob, Tamparuli, kelmarin.

Mangsa meninggal di tempat kejadian akibat kecedaraan parah di bahagian kepala dan badan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tuaran, Mohammad Nor Amit berkata mereka menerima panggilan kecemasan pada pukul 7.27 pagi dan menghantar pasukan penyelamat ke lokasi kejadian.

“Kami menemui seorang lelaki terperangkap di dalam kenderaan tersebut,” katanya.

Pasukan mengambil masa lima jam untuk mengeluarkan mangsa daripada kenderaan yang remuk itu dengan peralatan khas.

“Kami memeriksa kedua-dua kenderaan dan kawasan sekitar untuk memastikan tiada bahaya lain kepada pengguna jalan raya,” katanya.

Menurutnya lagi kes tersebut masih dalam siasatan.

Sementara itu terdapat kenyataan dalam sosial media menjelaskan bahawa kejadian tersebut berlaku di hadapan rumahnya. Pemandu lori melarikan diri dengan menahan kereta yang menuju ke pekan Tamparuli.

Teksnya, “Dia lari tapi tertinggal dompet dan pengenalan diri dia di dalam lori.”

Terdapat juga maklumat perbualan antara pekerja dengan syarikat pemilik lori dalam sosial media, jam 9:39 pagi pada hari yang sama. Pekerja mendakwa sedang berada di balai polis untuk melaporkan bahawa lori tersebut telah dicuri.

Pemilik mengeluh dalam teksnya, “Haiya ..tu pasal heran kenapa lori hari raya masih jalan.”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

TV Sabah | News Portal