MBK tutup lif sehari kerana ramai kakitangan bermasalah obesiti

Share the news

KUANTAN: Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) akan mengambil tindakan segera untuk mengurangkan kadar masalah berat badan berlebihan atau obesiti yang dihadapi oleh 30 peratus daripada kakitangannya.
Datuk Bandar Kuantan, Datuk Razihan Adzharuddin berkata MBK mempunyai lebih daripada 1,300 kakitangan dan dengan 30 peratus daripada jumlah tersebut mengalami obesiti, ia merupakan gaya hidup yang semakin membimbangkan.


“(Masalah obesiti) memang serius (dan) mengejutkan. Kami baru sahaja melantik sebuah klinik panel dan dari situ, kami dapat memprofilkan (status kesihatan) semua staf kami.


“Satu pemeriksaan silang mendapati bahawa 30 peratus staf MBK berada dalam kategori obes dengan bacaan BMI (Indeks Jisim Badan) yang berlebihan,” katanya dalam laporan Bernama.


Kembali kepada melihat keseriusan masalah ini (obesiti), beliau berkata salah satu penyelesaian sementara adalah dengan menghentikan penggunaan lif selama sehari bagi memberi motivasi kepada kakitangannya untuk terengah-engah menggunakan tangga.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

TV Sabah | News Portal