Monday, December 23, 2024

Hari Osteoporosis Sedunia Sandakan dapat sambutan menggalakkan

SANDAKAN: Hari Osteoporosis Sedunia yang diadakan Sandakan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada orang ramai yang datang menyertai pelbagai acara yang diadakan selama dua minggu.

Persatuan Ortopedik Sandakan dengan sokongan IJM Land serta Kementerian Belia dan Sukan Sabah menganjurkan kempen selama dua minggu itu di Bandar Utama dari 12 hingga 27 November 2022.

Sepanjang kempen, kakitangan penjagaan kesihatan dari Hospital Duchess of Kent dan Klinik Kesihatan Sandakan menjalankan saringan risiko osteoporosis dan jika ada pesakit menunjukkan tanda, mereka akan dirujuk untuk imbasan kepadatan mineral tulang secara percuma.

Aktiviti-aktiviti lain termasuk demonstrasi mengenai aktiviti fizikal yang mudah dan senaman menanggung berat badan, kuiz tentang diet seimbang dengan pengambilan kalsium yang mencukupi dan kempen derma darah oleh Bank Darah Hospital.

Pasukan fisioterapi juga menjalankan program setengah hari di Rumah Warga Emas Sri Harapan di mana mereka mengadakan pergerakan senaman ringkas serta ceramah tentang osteoporosis dan cara mencegahnya.

Kemuncak program ini diadakan pada hujung minggu bar-baru ini ( 26-27 November).
Pada hari Sabtu, cabaran fizikal dengan dua kategori – lelaki dan wanita berumur di atas dan ke bawah 60 tahun diadakan. Pemenang bagi setiap kategori membawa pulang wang tunai RM200 dan bag barangan.
Pada Ahad, acara berkayuh basikal yang menyeronokkan telah diadakan terdiri daripada dua kategori iaitu 5km dan 20km. Lebih 100 pelumba dari seawal usia 6 hingga 70 tahun ke atas menyertai acara ini.

Selepas ceramah singkat mengenai bahaya dan pencegahan osteoporosis, jabatan fisioterapi Hospital Duchess of Kent mengadakan demonstrasi mengenai penggunaan jalur rintangan untuk latihan kekuatan dan pembinaan otot.
Kemuncak acara berbasikal adalah sesi cabutan bertuah yang menawarkan lebih daripada 40 hadiah termasuk sebuah basikal, TV dan dua papan hover.

“Kami berterima kasih kepada semua penaja dan berharap kempen itu membantu mewujudkan kesedaran tentang bahaya osteoporosis dan menggalakkan kaedah pencegahan,” kata jurucakap penganjur.

Penyakit Osteoporosis biasanya sukar dikesan di kalangan warga tua dan disebabkan itu ia dikenali sebagai pembunuh senyap.

Antara simptonnya ialah ia tidak menyakitkan namun ia berlaku secara progresif. Ia menyebabkan tulang mudah patah dan merupakan punca utama di kalangan wanita tua yang mudah mengalami penderitaan akibatnya.

Statistik global menunjukkan bahawa satu pertiga daripada semua wanita dan satu perlima daripada semua lelaki berusia atas 50 tahun akan menghidapi osteoporosis.

Kadar kematian tahun pertama selepas patah pinggul adalah setinggi 30 peratus dan patah tulang belakang mempunyai peningkatan lapan kali ganda dalam mortaliti.

– Tv Sabah News

Banner Content

0 Comments

Leave a Comment

Verified by MonsterInsights