Tuesday, December 24, 2024

Semoga mutu khidmat penjawat awam lebih baik dibawah tadbir Anwar

KOTA KINABALU: ‘Debu pilihan raya’ sudahpun reda. Datuk Seri Anwar Ibrahim selamat mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10 yang menerajui kerajaan baharu.

Namun kemenangan itu tidak seperti yang diberitahu oleh Pakatan Harapan (PH) kepada pengundi semasa pilihan raya pada 19 November bahawa ia akan menjadi sebuah Kerajaan Persekutuan yang kuat.

Ini kerana akhirnya mantan ketua pembangkang itu terpaksa mengumpulkan ahli parlimen yang cukup bagi membolehkannya membentuk kerajaan yang kini dipanggil sebagai kerajaan perpaduan. PH dalam pilihan raya umum ke-15 mendapat 82 kerusi parlimen. Untuk membentuk kerajaan sesebuah parti memerlukan majoriti mudah 112 kerusi.

Anwar Ibrahim kini menerajui kerajaan bersama gabungan Barisan Nasional (BN) yang diketahui umum dengan prinsip mereka sebagai bukan kawan kepada Parti DAP. DAP adalah sekutu terbesar Anwar dalam PH.
Kerajaan perpaduan itu disertai Gabungan Parti Sarawak (GPS), Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan beberapa parti kecil dari Sabah dan Sarawak.

Perikatan Nasional (PN) yang diketuai Tan Sri Muhyddin Yassin yang mempunyai 73 ahli parlimen memilih untuk kekal sebagai pembangkang di Parlimen.
Pakatan GRS baru sahaja mengisytiharkan sokongannya kepada kerajaan Anwar. Tetapi uniknya GRS Sabah ini adalah ia juga disertai parti PN iaitu musuh ketat PH pada masa kini.

Satu lagi ialah walaupun DAP itu adalah sekutu ketat PH dalam kerajaan perpaduan di semenanjung namun, ia tidak sehaluan dengan kerajaan negeri Sabah pimpinan GRS di Dewan Undangan Negeri Sabah (DUN).
Rakyat dan wakil rakyat Sabah mungkin sedang menggaru kepala untuk cuba memahami tentang siapa kawan atau lawan mereka dalam gelanggang politik Malaysia yang akan berserabut.

Apa-apa pun, tugas seorang YB adalah untuk berkhidmat kepada pengundinya sebagai penggubal undang-undang. Membezakan peranan mereka sebagai ahli pembangkang di Dewan atau Parlimen atau backbencher berisiko kita tidak memahami gambaran lebih besar daripada isu sebenar.

Seorang ahli pembangkang tidak boleh memprotes atau tidak bersetuju kerana dia berada di pihak sebelah manakala seorang backbencher atau ahli parlimen baru atau tidak berjawatan dijangka bersetuju serta memuji segala apa yang dilakukan oleh pihaknya.
Walau apa sahaja yang mereka sokong, mereka tidak mengangkat sumpah untuk menegakkan kesetiaan politik atau ketua mereka.

Mereka bersumpah untuk menegakkan perlembagaan dan bersumpah untuk berkhidmat kepada pemerintah, negara dan rakyat.

Sudah tiba masanya YB menanggalkan ‘kaca mata’ melihat parti dan gabungan semata-mata sebaliknya melihat dan memberi khidmat kepada orang yang memilih mereka.

Sementara itu Anwar berikrar untuk bekerja sebagai PM Malaysia tanpa gaji. Namun ini adalah satu isyarat yang akan dianggap sebagai aksi murahan melainkan ia membawa kepada kebangkitan seluruh rakyat atas semangat berjimat cermat, perkhidmatan dan bersifat kedermawanan.

Negara mampu membayar gaji dan faedah untuk PM malah sanggup membayar lebih jika beliau boleh memimpin dan menghasilkan keputusan yang dikehendaki rakyat. Pengurus dan Ketua Pegawai Eksekutif dibayar untuk membuat wang bukan untuk menjimatkan wang.

Menjimatkan wang RM1 juta setahun adalah jumlah yang amat sedikit seperti satu titisan air atas lautan yang luas. Sebagai contoh, ratusan juta ringgit dibayar kepada 1.2 juta penjawat awam yang kebanyakannya tidak produktif mungkin tidak berbaloi dengan pengorbanan Anwar sebab Anwar tidak mengambil gaji tidak membawa banyak perubahan.

Namun, kita harap sikap Anwar itu untuk berjimat cermat antara lain, dapat menyedarkan penjawat awam yang malas bahawa mereka hanyalah parasit dan harus memperbetulkan diri mereka sendiri untuk memberi khidmat terbaik kepada orang ramai.

Penjawat awam yang memberi khidmat yang lesu dan sikap ‘rasa istimewa’ sesetengah orang Melayu yang sudah berakar umbi adalah antara beberapa cabaran rumit dalam agenda reformasi Anwar Ibrahim.

Ini juga adalah isu mencabar yang dihadapi oleh negara. Perdana Menteri boleh menyelamatkan negara dan mereka juga boleh menuntut kos politik ke atas dirinya sendiri.
Anwar mungkin melihat aksi melepaskan gaji itu sebagai rancangan besarnya yang memerlukan perhatian segera.
Namun layakkah ia sebagai satu pertunjukan sampingan untuk meraihkan perhatian?

Kecuali beberapa orang, rakyat Malaysia sangat gembira dengan pelantikan Anwar sebagai perdana menteri baharu.

Ramai yang memuji Agong dengan memilih Anwar sebagai Perdana Menteri. Beliau mungkin boleh mengubah nasib Malaysia dan rakyatnya. Ada yang percaya keputusan itu adalah takdir Tuhan untuk memilih Anwar dan bukan Muhyddin Yassin dan beberapa pilihan lain yang tidak menyenangkan.

Tidak pernah dilihat sebelum ini betapa rakyat Malaysia secara spontan menjerit kegembiraan dan lega menerima berita pelantikan seorang perdana menteri. Malah perkara yang sama tidak pernah dilihat walaupun dengan kenaikan ke singgahsana diraja Malaysia. Ia adalah sebagai melepaskan emosi lega dan gembira yang sudah lama terpendam.

Kenaikan Anwar memegang jawatan sebagai Perdana Menteri baharu sahaja bermula.

Ramai percaya beliau mampu melakukan perkara yang lebih hebat daripada hanya bermain di galeri dewan untuk menjadikan Kerajaan Perpaduan, sebuah kerajaan yang bekerja untuk semua rakyat Malaysia dan menjadikan rakyat negara ini akhirnya berasa bangga mendapat PM yang hebat.

– Tv Sabah News

Banner Content

0 Comments

Leave a Comment

Verified by MonsterInsights