Tuesday, December 24, 2024

RM1,000 durian runtuh bagi penjawat awam Sabah Januari depan

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri Sabah bersetuju untuk memberi Bantuan Khas Kewangan setengah bulan gaji dengan kadar minima RM1,000 kepada seramai 20,271 penjawat awam negeri.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Haji Noor berkata, bantun itu akan dibayar pada bulan Januari 2023.
Beliau beerharap, bayaran Bantuan Khas itu vakan dapat meringankan bebanan perbelanjaan persekolahan anak-anak dan untuk sambutan perayaan Tahun Baru Cina.

“Selain daripada itu, Bantuan Khas sebanyak RM500 untuk sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Pesta Kaamatan juga akan diberi dan dibayar pada bulan April 2023.

“Dengan pemberian insentif ini saya berharap agar penjawat awam dapat berusaha dengan cekap dan lebih gigih lagi bagi memastikan mutu perkhidmatan kepada rakyat dapat dipertingkatkan,” katanya ketika membentangkan Bajet 2023 Negeri Sabah di sidang Dewan Undangan Negeri (DUN), di sini Sabtu.

Menurutnya, kerajaan sangat prihatin dan mengambil berat tentang kebajikan penjawat awam dalam melunaskan amanah dan tanggungjawab untuk menyumbang kepada pembangunan negeri.

“Tanggungjawab mereka yang memberi khidmat kepada masyarakat dengan tidak berbelah bahagi amat dihargai,” tambahnya.

Hajiji yang juga Menteri Kewangan berkata, bagi memantapkan lagi perkhidmatan awam, agensi-agensi Kerajaan Negeri telah melaksanakan pelbagai langkah untuk menambahbaik sistem penyampaian menerusi pendigitalan bagi mengurangkan proses birokrasi dan meningkatkan keupayaan institusi sektor awam.

“Usaha pembangunan kapasiti perlu terus dipertingkatkan untuk memastikan penjawat awam mampu menggerak dan memacu agenda pembangunan negeri.

“Bagi tujuan ini, sejumlah RM12.83 juta telah diperuntukkan pada tahun hadapan kepada semua Kementerian dan Jabatan untuk Program Pembangunan Sumber Manusia,” katanya.

Beliau menjelaskan Kerajaan Negeri juga menyediakan peruntukan sebanyak RM7.5 juta bagi pembiayaan biasiswa dan kos latihan pegawai-pegawai Kerajaan di dalam dan di luar negeri.

– Tv Sabah News

Banner Content

0 Comments

Leave a Comment

Verified by MonsterInsights