KM Sabah ucap tahniah kepada PM ke-10
KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Ke-10 dan memberi jaminan Kerajaan Negeri akan bekerjasama sepenuhnya dengan kerajaan persekutuan dibawah pimpinan beliau demi untuk manfaat dan kebaikan bersama.
Hajiji, yang juga Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS), menaruh keyakinanakan wujud kerjasama erat untuk merealisasikan pelbagai aspek pembangunan termasuk usaha menunaikan hak-hak dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) antara kerajaan negeri Sabah dengan kerajaan Persekutuan yang baharu dibentuk di bawah pimpinan Anwar.
“Pengalaman luas Datuk Seri Anwar Ibrahim diyakini akan mampu membawa kebangkitan ekonomi yang sangat diperlukan untuk rakyat dan pembangunan seluruh negara pada masa depan,” katanya menerusi satu kenyataan medianya di sini hari ini. Beliau juga berharap Manifesto Pakatan Harapan termasuk memperkasakan wilayahSabah dan Sarawak dapat dilaksanakan sebaiknya.
– Tv Sabah News
0 Comments