Liew kalah, GRS rampas kerusi Tawau

Nilam Raon
TAWAU: Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Sabah, Christina Liew Chi Jin yang juga penyandang kerusi Parlimen Tawau tumpas kepada calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Lo Su Fui dengan majoriti undi 3,800.
Lo mendapat sebanyak 19,865 undi manakala Christina hanya memperolehi 16,065 undi. Empat calon lain dari parti Warisan, Chenn Ket Chuin mendapat 11,263 undi, Bebas Mohd Salleh Bacho (1776), PEJUANG Herman Amdas (1067) dan Bebas Chin Chee Syn (651).
Ketika ditemui media selepas diumum pemenang, Lo berkata kemenangan itu dicapai bukan hasil kemenangan peribadi tetapi kemenangan kepada Parlimen Tawau secara keseluruhan.
“Saya akan jalankan komtimen saya untuk bangunkan Tawau dan selepas ini saya akan berbincang dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) kerajaan di Tawau iaitu Datuk Seri Nizam Abu Bakar Titingan, Datuk Hamild Awang untuk majukan Tawau,” katanya.
Christina yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Api-Api menang kerusi Parlimen Tawau pada PRU14 dengan majoriti 4,727.
Lo berasal dari Tawau merupakan bekas Presiden Dewan Perniagaan Cina Tawau (TCCC) dan Naib Presiden Dewan Perniagaan China Bersatu Sabah.
Pada 29 Januari 2021, beliau telah dilantik sebagai Pegawai Khas (Hal Ehwal Tiong Sabah) kepada Ketua Menteri dan beliau juga merupakan merupakan Pengarah Segalong Group.
– Tv Sabah News
0 Comments