Tuesday, December 24, 2024

PAS mahu Sabah tolak PH

Aliakbar ketika sesi bertemu media di Tawau.

Nilam Raon

TAWAU: PAS Sabah menyeru pengundi di negeri ini menolak Pakatan Harapan (PH) yang dilihat cuba menghidupkan kembali ideologi komunis dan fahaman yang bertentangan dengan norma masyarakat normal.

Setiausaha PAS Sabah Dr Aliakbar Gulasan berkata, dalam tempoh 22 bulan PH memerintah kerajaan, dapat dilihat mereka membawa budaya yang bertentangan dengan masyarakat dan agama.

“Walau beberapa kali beliau menafikan sokongan terhadap golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) tetapi realitinya bila ditemuramah dengan pihak media daripada luar negara bahasanya seolah-olah menyokong LGBT.

“Jadi kita tidak mahu budaya seumpama ini yang sangat bertentangan dengan agama dan budaya,” katanya di sesi bertemu Media di sini. Turut hadir pemimpin parti GRS-BN dan calon GRS Parlimen Tawau, Lo Su Fui.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dilantik berkata, PAS Sabah konsisten menghalang masyarakat terutama anak muda agar tidak memberi sokongan klepada PH untuk kembali memerintah negara.

Mengulas mengenai isu pertembungan calon Barisan Nasional (BN), Benedict Asmat dan Perikatan Nasional (PN) oleh Naib Presiden Bersatu, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee di kerusi Parlimen Beluran, Aliakbar berkata, perkara itu tidak boleh dielakkan.

“Ini satu perkara yang tidak dirancang dan tidak ada pihak yang harus dipersalahkan. PAS patuh kepada keputusan memberikan kerusi itu kepada BN. Kita tetap dengan rakan bersama Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan sokongan kita kepada BN,” katanya lagi.

Kawasan Parlimen Beluran menyaksikan persaingan lima penjuru antara Benedict, Ronald dan tiga calon lain iaitu Rowiena Rasid (Warisan), Hausing Samsudin (Pejuang) dan Felix Joseph Saang (Pakatan Harapan).

– Tv Sabah News

Banner Content

0 Comments

Leave a Comment

Verified by MonsterInsights