Tuesday, December 24, 2024

Pelbagai cara diguna tarik perhatian pengundi keluar mengundi

Rizal Johari

KOTA KINABALU: Pelbagai kaedah menarik dan berkesan diguna oleh calon pilihan raya Sabah untuk meraih sokongan daripada pengundi. Mereka perlu kreatif untuk menarik perhatian mereka.

Paling berkesan bagi mereka buat masa ini ialah aktiviti kempen ‘walkabout ‘ yang bermaksud jalan-jalan. Ceramah adalah cara lama yang akan sentiasa diguna untuk mendekati pengundi.

Tetapi alat paling berkesan sekarang adalah platform media sosial seperti Facebook, Whatsapp, Twitter dan Instragram. Ia mudah digunakan, fleksibel dan paling penting pantas mencapai sasaran untuk berkempen.

Bagi Sabah STAR, salah satu kaedah yang digunakan untuk menarik lebih ramai pengundi adalah dengan mengetengahkan perjuangan presiden parti Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan dalam menyelesai masalah rakyat dan negeri Sabah. Beliau adalah penyandang kerusi parlimen Keningau.

Rizal Johari, penolong setiausaha agung parti itu berkata, perjuangan Kitingan untuk hak Sabah dan rakyatnya harus diberitahu dan diperjelaskan kepada rakyat.

“Pengundi muda mungkin tidak tahu apa yang telah beliau lakukan untuk Sabah dan rakyatnya. Namun, dia akan terus berjuang untuk Sabah dan rakyatnya.

“Jadi kami mahu pengundi di Keningau keluar mengundi beliau kerana tidak kira apa orang kata, beliau telah beraksi sebagai ahli Parlimen dan terbukti sebagai pejuang yang konsisten untuk mempertahankan hak Sabah,” katanya menambah calon-calon Star menggunakan semua platform untuk mendekati rakyat.

Beliau menambah, tugas Dr Jeffrey belum selesai. Belia memerlukan kekuatan dan sokongan daripada rakyat untuk meneruskan perjuangan.

Calon Umno Putatan Datuk Shahelmey Yahya berkata, dalam program kempennya setakat ini, satu isu yang paling penting untuk disampaikan kepada pengundi ialah mengingatkan mereka untuk keluar mengundi pada hari pengundian.

“Dalam kempen kami terus menerus ingatkan betapa pentingnya undi mereka untuk menentukan masa depan negara untuk lima tahun akan datang. Mereka harus bijak mengundi jika mahukan kestabilan dan kemakmuran,” katanya.

Bagi generasi tua pula katanya, adalah penting bagi mereka melihat dan mengadakan interaksi peribadi seperti mengadakan pertemuan semasa walkabout manakala pengundi muda lebih interaktif di platform media sosial.

Calon Parti Bersatu Sabah (PBS) Kota Kinabalu Yee Tsai Yiew berkata, merungut sahaja tidak cukup jika pengundi tidak melakukan apa-apa seperti memperkatakan isu yang membebankan hatinya.

“Pengundi mesti keluar mengundi dan memilih calon yang benar-benar dapat membantu masalah yang mereka hadapi.
Hanya dengan mengundi dan memastikan calon yang berkebolehan memenangi pilihan raya mereka boleh mengharapkan keputusan yang diinginkan,” tambahnya.

– Tv Sabah News

Banner Content

0 Comments

Leave a Comment

Verified by MonsterInsights