Tuesday, December 24, 2024

Tiada hala tuju punca David tinggalkan Warisan

SANDAKAN: Hala tuju yang tidak menentu dan tiada prinsip adalah antara sebab Setiausaha Tetap Bahagian Sandakan dan Ketua Penyelaras Karamunting Parti Warisan, David Fong
meletak jawatan berkuatkuasa serta merta.

Beliau juga tidak berpuashati dengan kepimpinan parti yang dianggapnnya tiada prinsip dan pendirian.

David yang menyertai Parti Warisan sejak 2017 berkata, beliau melepaskan jawatan serta keahliannya kerana kecewa dengan keputusan Parti Warisan yang mahu menyebarkan sayap ke Semenanjung Malaysia.

“Hala tuju ini mengelirukan rakyat Sabah yang menganggap Parti Warisan adalah parti tempatan,” katanya menambah parti itu juga tiada prinsip kerana menerima dua Adun lompat parti dari Sri Tanjung dan Elopura.

Beliau menyifatkan tindakan parti itu sebagai tidak jujur dan mengkhianati mandat rakyat.

“Saya juga merasakan pendirian Parti Warisan pada PRU15 mengelirukan. Selain itu, Parti Warisan juga lemah dalam urus tadbir kerana mengakibatkan banyak kilang ditutup di Sandakan.

“Pinjaman RM3 bilion kepada Air Asia daripada Sabah Development Bank semasa tempoh PKP amat menyakitkan hati rakyat Sabah. Pemerintahan Warisan semasa PKP juga mendatangkan satu kerugian besar,” katanya di sidang media di sini pada Rabu.

Katanya, keputusan untuk keluar dari Parti Warisan adalah mahu menstabilkan politik Sabah menerusi GRS dibawah kepimpinan Datuk Seri Hajiji Noor.

GRS juga jelasnya adalah barisan platform terbaik untuk membela generasi anak muda.

“Kita mahu memajukan ekonomi dan anak Sabah. Setelah 26 bulan parti Warisan memerintah tiada apa dapat dilihat. Mereka tidak dapat membela nasib rakyat,” katanya.

– Tv Sabah News

Banner Content

0 Comments

Leave a Comment

Verified by MonsterInsights