Pengundi Tuaran tolak isu agama dalam kempen PRU15

Gonsingul Peris.
Share the news

Pengundi Tuaran tolak isu agama dalam
kempen PRU15

Gonsingul Peris.
Jafiah Abdul Fasa.

Mohd Syukrie Johary

KIULU: Pengundi di kerusi Parlimen Tuaran tidak mahu menerima modal kempen parti pembangkang yang dikatakan mengguna isu agama untuh meraih sokongan.

Seorang penduduk, Gonsingul Peris, 61 ketika ditemui menyifatkan isu agama sebagai perkara yang tidak patut ditimbulkan dalam kempen pilihan raya dalam negeri yang berbilang kaum dan agama.

“Dasar negeri kita adalah ‘mesra masyarakat majmuk’. Parti politik bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) ini sudah tentu mahu menguatkan kemakmuran dan kesejahteraan termasuk tuntutan agama mereka,” katanya.

Katanya, jaminan segelintir parti politik untuk terus memberi kebebasan beragama kepada rakyat pelbagai kaum di negara ini, melegakan semua pihak.

“Selama ini pun parti politik seperti Barisan Nasional (BN) yang pernah berkuasa di negara ini lebih 60 tahun, tidak pernah mengabaikan perkara kebebasan beragama untuk rakyat.

“Oleh itu, isu agama tidak wajar dibangkitkan dalam kempen pilihan raya ini, kerana jika itu diutarakan seolah-olah apabila kerajaan bertukar, kebebasan beragama akan terhapus,” katanya menambah ini boleh menimbulkan kebimbangan rakyat.

Gonsingul, seorang penganut Kristian kurang senang dengan isu agama ditimbulkan calon parti pembangkang tertentu semata-mata ingin mendapatkan sokongan undi pada PRU15 ini.

Bagi Jafiah Abdul Fasa, 37, pula jaminan itu memang melegakan rakyat, namun perkara itu sebenarnya sudah lama dilaksanakan di negara ini yang aman makmur dan sejahtera.

“Tidak perlulah sebarkan perkara yang boleh menimbulkan kegusaran rakyat, yang selama ini hidup aman damai walaupun berlainan kaum dan kepercayaan agama,” katanya.

Kata Jafiah, perpaduan dan keharmonian bermula daripada keutuhan pegangan agama masing-masing yang kemudian dizahirkan dalam kehidupan seharian mereka.

Beliau berharap parti politik pembangkang yang sedang meraih undi penduduk termasuk di daerah ini, berhenti menjadikan agama sebagai isu kempen mereka.

– Tv Sabah News

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

TV Sabah | News Portal