Gelombang biru sambut calon Lahad Datu
Ryio Kenji
LAHAD DATU: Badai Gelombang Biru. Calon Barisan Nasional (BN) untuk kerusi Parlimen Lahad Datu Datin Maizatul Akmam Alawi disambut meriah oleh penyokong parti itu setibanya beliau di Lapangan terbang Lahad Datu pada petang khamis.
Lebih 200 penyokong parti itu menyambut ketibaannya. Beliau kemudian dibawa ke Red Velvet Ballroom Jalan Singahmata dekat sini.
Maizatul Akmam binti Alawi dalam ucapannya berkata, tanggungjawab sebagai calon adalah satu cabaran yang besar dan menganggap pemilihannya sebagai calon seperti menyertai peperangan.
Bagaimanapun, beliau yakin mampu merampas semula kerusi parlimen daripada Parti Warisan dan meminta sokongan daripada UMNO, BN dan GRS.
“Saya mohon agar semua pihak sama ada di peringkat akar umbi dan pemimpin-pemimpin parti UMNO Lahad Datu untuk sama-sama berjuang dan menyokong saya,” katanya.
Turut hadir Mejar (K) Khalid Harun Ketua UMNO Lahad Datu, Zuraidah Binti Asdain Timbalan Ketua UMNO, Saidin Saparuddin Ketua Penerangan dan Sitti Royani Rafael selaku Ketua Wanita UMNO Lahad Datu.
Khalid menzahirkan penghargaan kepada Maizatul kerana dipilih sebagai calon BN Parlimen Lahad Datu.
Beliau memberitahu perjuangan hari ini adalah untuk merampas kembali kerusi Parlimen Lahad Datu daripada Parti Warisan.
– Tv Sabah News
0 Comments