5 murid SK Telupid terima baju Kokum
TELUPID: Pelbagai bantuan disalurkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk menyemarakkan semangat murid sekolah untuk belajar dan aktif dalam kegiatan kokurikulum.
Oleh itu, KKM telah memberikan bantuan baju bagi unit beruniform Sekolah Kebangsaan (SK) Telupid yang dilaksanakan oleh Jawatankuasa Kokurikulum (kokum).
Lima murid terpilih menerima baju yang disampaikan Guru Besar Kamaliah Timbun.
Mereka ialah Jaynel Aiden Jiany, Muhammat Asmirul Zizam (Pengakap Lelaki), Frencyen Afejane Jiany (Perempuan), Barry Josue Jinus (TKRS Lelaki) dan Ralph Raymond Thomas (Karate Do Lelaki).
“Semoga pemberian baju itu akan menyemarakkan lagi semangat murid untuk melakukan aktiviti unit Beruniform. Tahniah kepada semua penerima,” kata Kamaliah selepas acara penyampaian baju itu.
Menurut guru besar itu, objektif bantuan itu adalah memastikan murid daripada keluarga yang kurang mampu memiliki pakaian unit beruniform supaya bergiat lebih aktif dalam akitiviti pasukan badan beruniform di sekolah.
“Kami juga berharap ini akan meringankan beban kewangan yang ditanggung oleh ibubapa atau penjaga yang kurang mampu,” kata Kamaliah.
SK Telupid mempunyai 17 orang guru, 198 murid. Ada sebuah kelas pra sekolah dan enam kelas masing masing untuk murid Tahun Satu hingga Tahun Enam.
Telupid terletak di tengah Sabah dengan Pekan Telupid sebagai pusat pentadbirannya.
– TV Sabah News
0 Comments