Sebuah rumah musnah di Kampung Desa Bajau
Ryio Kenji
LAHAD DATU: Sebuah rumah papan musnah dalam satu kebakaran di Kampung Desa Bajau, terletak kira-kira 5 kilometer dari bandar pada awal pagi Khamis.
Ketua Balai BBP Lahad Datu Sumsoa Rashid berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 8.15 pagi dan mengerahkan sebanyak lapan anggota bomba dan jentera bomba pergi ke tempat kejadian.
“Dalam kejadian awal pagi tadi, tiga buah rumah dilaporkan terbakar tetapi hanya satu yang musnah. Dua lagi yang terletak di sebelah kiri dan kanannya hanya lima peratus terbakar bahagian dinding dan atap,” katanya.
Menurut Samsoa, bomba berjaya mengawal kebakaran itu pada jam 8.44 pagi dan dibantu anggota Polis, Rela, JPAM dan SESB.
Punca kebakaran dan nilai harta benda yang musnah masih dalam siasatan. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
– Tv Sabah News
0 Comments