Smile Borneo rancang empat cawangan baharu, perkasa anak Sabah

97b9f759 be37 4609 b077 a164c0469751

KOTA KINABALU: Komitmen memperkasa bakat tempatan terus menjadi teras klinik gigi Smile Borneo, dengan kesemua cawangannya di Sabah dikendalikan sepenuhnya oleh anak jati Sabah.

Pengerusi Mediwira Dr Nanda Sundaram berkata, pendekatan itu membuka peluang pekerjaan kepada warga tempatan dan memastikan pesakit dilayan mesra dalam bahasa setempat.

4323bb8d 6fd7 4f03 9782 ccdaeda09aa1 1

“Semua kakitangan kami di Sabah melalui sistem pentauliahan dan kawalan klinikal ketat untuk memastikan kualiti rawatan setaraf cawangan di Semenanjung,” katanya pada Majlis Rumah Terbuka Deepavali di cawangan Warisan Square, hari ini.

Pihaknya merancang membuka empat cawangan baharu menjelang 2027, iaitu dua klinik gigi, sebuah klinik perubatan am dan sebuah medispa, menjadikan jumlah keseluruhan lapan cawangan di negeri ini berbanding empat sekarang di Penampang, Warisan Square, Inanam dan Tawau.

9b99d089 1392 41b4 ba5e 2a99adeae263 1

“Perancangan pengembangan pada 2027 ini membuktikan komitmen jangka panjang kami kepada rakyat Sabah, bukan sahaja dalam penjagaan gigi, tetapi juga kesihatan secara menyeluruh,” ujarnya.

Beliau menjelaskan kumpulan yang ditubuhkan di Pasir Gudang, Johor Bahru pada 2012 dan kini memiliki 21 cawangan di seluruh negara itu diasaskan untuk merapatkan jurang akses dan kos rawatan agar orang ramai menikmati perkhidmatan perubatan berkualiti pada harga berpatutan.

6a3184f5 7316 42d1 ab30 3b2ee683f5aa 1

Smile Borneo juga bakal memacu sektor pelancongan pergigian (dental tourism) di Kota Kinabalu tahun hadapan dengan memanfaatkan kedudukan strategik cawangannya di pusat bandar raya yang menjadi tumpuan pelancong.

Dari segi pendigitalan, Mediwira Group Holdings membangunkan aplikasi mudah alih MediVira secara dalaman untuk memudahkan pesakit menempah janji temu, menerima peringatan susulan automatik, menyemak rekod ubat dan memuat turun laporan kesihatan dan sijil cuti sakit (MC) di hujung jari.

167c4107 5376 4f3f 9b58 0a612f21acd5 1

Rumah terbuka dua hari bermula hari ini dari 21-22 November itu dianjurkan untuk memupuk perpaduan kaum di samping menawarkan pemeriksaan gigi percuma untuk kanak-kanak dan pemberian beg cenderamata kepada pengunjung.

“Sewaktu Deepavali, kita menyalakan pelita untuk menyambut cahaya dalam rumah. Pada saya, senyuman ialah cahaya pada wajah kita yang perlu dijaga setiap hari supaya terus bercahaya selepas musim perayaan,” katanya sambil menggalakkan pemeriksaan berkala setiap enam bulan sekali untuk mencegah masalah kesihatan yang lebih serius.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Are you human? Please solve:Captcha


TV Sabah | News Portal