Kiau buktikan anak kampung mampu tawan dunia – Ewon

059A0B8F C180 4EF5 8C4C 374B6C6C092C BDCC7884 D4C7 4469 AFAE 61FF927D6F54

KOTA BELUD: Biarpun membesar di kaki Gunung Kinabalu dan jauh dari hiruk-pikuk kota, anak kelahiran Kampung Kiau membuktikan kekangan geografi bukan penghalang untuk menempa nama di persada antarabangsa.

Kisah ketabahan ibu tunggal, bekas porter gunung yang berlari hingga ke Eropah, dan ahli geologi yang pulang berbakti di desa mewarnai Majlis Apresiasi Alumni dan Kecemerlangan Murid Sekolah Kebangsaan (SK) Kiau 1 sesi 2025/2026, Kelmarin.

Timbalan Ketua Menteri III merangkap Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Sabah, Datuk Ewon Benedick berkata, pencapaian luar biasa bekas pelajar sekolah itu membuktikan masyarakat luar bandar mampu bersaing di peringkat tertinggi.

IMG 5871

“Kejayaan dua malim gunung dari Kiau, Augustine Bulangai, 42, dan Cornelius Sanan, 45, menawan Kala Patthar pada ketinggian 5,545 meter bersama Everest Base Camp (EBC) di Nepal adalah satu pencapaian luar biasa. Begitu juga kajian inovasi teknologi jalan raya yang dihasilkan oleh alumni sekolah ini.

“Bukan hanya jawatan besar yang perlu diraikan, tetapi kejayaan anak-anak mendapat keputusan ‘A’, memenangi pingat sukan dan komitmen ibu bapa menghadiri mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) juga merupakan pencapaian yang bermakna,” katanya ketika berucap merasmikan majlis itu.

IMG 5824

Pada majlis itu, Ewon yang juga bekas pelajar SK Kiau 1 dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian menerima Anugerah Khas Platinum.

IMG 5821

Ibu beliau, Gobidah Gindai, 72, pula dinobatkan sebagai penerima Anugerah Ibu Inspirasi 2026 sebagai mengiktiraf ketabahannya membesarkan anak-anak seorang diri di Kampung Kiau Taburi selepas pemergian suami sehingga kesemuanya berjaya melangkah ke menara gading.

IMG 5867

Sementara itu, bekas porter Gunung Kinabalu yang kini pelari gunung (ultra trail), Daved Simpat menerima Anugerah Wira Sukan 2026 selepas menjuarai larian The Most Beautiful Thing (TMBT) 50 kilometer pada tahun 2024 dan meraih tempat keenam di kejohanan Ultra-Trail du Mont-Blanc (UTMB) di Chamonix, Perancis, tahun ini.

ff815bdc 587a 4e51 b71a 4a1219501dde

Semangat pulang menabur bakti di kampung halaman diterjemahkan oleh Hanteh Ginsos yang memilih kembali ke desa selepas berpengalaman bekerja di luar negara sebagai ahli geologi, dengan tekad membangunkan ekopelancongan dan tanaman kopi sehingga berjaya menjana pendapatan melebihi RM822,000 kepada penduduk setempat.

c00bf6e9 eb49 4497 9d67 120299a269f9

Hanteh berkongsi pentas menerima Anugerah Usahawan Muda Berpotensi 2026 bersama usahawan wanita, Molita Gandi yang berjaya membina rangkaian perniagaan di seluruh Malaysia.

38F6CD40 4D73 4B20 9C7B 54C11C62C8DD AD658E4B 1CEE 4A03 92F7 76E985169F87

Turut menerima pengiktirafan ialah perintis perniagaan sewa kereta dan pusat latihan memandu luar bandar sejak 1981, Barahim Tailiban, 71 (Anugerah Legasi Usahawan 2026) dan Cikgu Harry Laipat yang meraih pingat emas inovasi peringkat antarabangsa menerusi projek TRIHARVEST dan EMASNOVA (Anugerah Guru Pencetus Inovasi 2026).

795776BA 86C0 4BF6 BE4E 81BEFE1D26B2 EA7C7F41 D24A 4578 B76F A3D2D8EE0C9B

Anugerah Kepimpinan Komuniti 2026 pula disampaikan kepada mendiang Justin Dalansu atas jasanya memelihara budaya dan alam sekitar, Ketua Kampung Kiau Nuluh, Joseph Gimbu (berkhidmat selama 16 tahun), dan pengasas Kampung Kiau Taburi, Bollah Tailiban.

Terdahulu, Ewon menyarankan persatuan alumni memperluas penganjuran majlis seumpama ini pada masa depan supaya lebih banyak kisah kejayaan anak tempatan dapat diangkat sebagai inspirasi generasi muda.

62B9EB3E 7980 40FC 95D6 44B685F035AA 987C402D AA6E 4E41 8654 2150E6194F39

Majlis itu turut meraikan graduan Kiau yang menamatkan pengajian tahun lalu, murid cemerlang akademik dan kokurikulum, bersama penyampaian insentif khas untuk pelajar yang menyambung pengajian ke Tingkatan Enam, diploma dan ijazah sarjana muda.

Online – TV Sabah News

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Are you human? Please solve:Captcha


TV Sabah | News Portal