Polis tumpas sindiket dadah guna pesawat tentera ke Sabah

IMG 20261120 WA0011

Oleh: Zaidul Khair bin Jungkim

KUALA LUMPUR: Seramai 483,000 individu terselamat dari ancaman dadah selepas polis membongkar sindiket penyeludupan rentas sempadan yang menggunakan kemudahan penerbangan ketenteraan.

Operasi Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Polis Diraja Malaysia (PDRM) di sekitar Lembah Klang hingga ke Labuan pada 17 Nov lalu berjaya merampas 96.64 kilogram syabu bernilai RM4.83 juta bersama 6.98 kilogram cecair bahan kimia.

Pengarah JSJN Datuk Hussein Omar Khan berkata sindiket itu dipercayai aktif sejak Julai lalu menggunakan pengangkutan udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) untuk membawa dadah dari Semenanjung Malaysia ke Sabah sebelum diseludup ke Filipina dan Indonesia.

Operasi hasil risikan JSJN Bukit Aman dengan Cawangan Provos Marsyal TUDM itu menahan 11 individu terdiri dari lima pegawai TUDM dan enam orang awam.

Siasatan mendapati dua individu awam bertindak sebagai penyelaras sindiket, manakala seorang lelaki tempatan yang dipercayai ketua kumpulan sedang dikesan.

Polis turut menyita tiga kenderaan iaitu Honda CR-V, Toyota Vios dan Land Cruiser bernilai keseluruhan RM172,062.

Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Sumber: Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Are you human? Please solve:Captcha


TV Sabah | News Portal