Lelaki tular mengamuk di Keningau positif dadah

26548093 ff0a 449f 95d6 4fb76f2d9c8c

Oleh: Zaidul Khair bin Jungkim

KENINGAU: Seorang lelaki tempatan berusia 47 tahun ditahan selepas tular di media sosial kerana mengamuk sehingga mengganggu ketenteraman awam di Keningau, semalam.

Suspek ditahan sepasukan anggota Unit Rondaan Cegah Jenayah Balai Polis Keningau di hadapan Kedai Kopi Foo Nyen, kira-kira jam 3.30 petang, susulan aduan orang awam.

Ketua Polis Daerah Keningau, Superintenden Erwansyah Abdul Basir berkata, suspek kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Keningau untuk menjalani ujian saringan awal air kencing.

Hasil ujian mendapati suspek positif dadah jenis Methamphetamine dan Amphetamine.

Suspek kini ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Pihak polis menegaskan pemantauan akan terus dipertingkat melalui tindakan tegas demi memastikan ketenteraman awam di daerah itu terpelihara.

Sumber: Polis Daerah Keningau

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Are you human? Please solve:Captcha


TV Sabah | News Portal