IPD Kota Kinbalu lupus 20 barang kes melibatkan sembilan kertas siasatan

IMG 20261106 WA0026

Oleh: Zaidul Khair bin Jungkim

KOTA KINABALU: 7 November 2026 – Sebanyak 20 item barang kes membabitkan sembilan kertas siasatan dilupuskan oleh Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kota Kinabalu menerusi Majlis Pelupusan Barang Kes Siri 19/2026 di Stor Barang Kes Berpusat IPD Kota Kinabalu, kelmarin.

Pelupusan itu membabitkan barang kes dalam tempoh 2020 hingga 2026 selepas mendapat kebenaran mahkamah.

IMG 20261106 WA0029

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, ACP Shahrudin bin Mat Husain hadir menyaksikan proses pelupusan bersama pegawai kanan polis IPD Kota Kinabalu.

Barang kes kategori am itu dilupuskan melalui kaedah memecah dan memotong sebelum ditanam mengikut prosedur ditetapkan.

IMG 20261106 WA0028

Proses berkenaan selesai jam 10.30 pagi dalam keadaan terkawal.

Pelaksanaan itu bertujuan memastikan pengurusan barang kes di IPD Kota Kinabalu berjalan secara sistematik, telus dan berintegriti.

Sumber: IPD Kota Kinabalu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Are you human? Please solve:Captcha


TV Sabah | News Portal