Empat kali mencuba, Solhairi juara Butitin Kalimaran Ke-20

Copy of Gambar Artikel 1 20261031 120546 0000

TENOM: 31 Oktober 2026 – Setelah empat atau lima kali menyertai pertandingan yang sama tanpa kejayaan, kegigihan Solhairi bin Panai akhirnya berbuah selepas dia dinobatkan sebagai juara Butitin Kalimaran 2026 pada 27 Oktober.

Solhairi, yang berasal dari Kampung Masanoi, berkata kemenangan itu amat istimewa kerana segala usaha dan pengorbanannya selama ini akhirnya terbayar.

“Syukur, usaha saya tidak sia-sia tahun ini. Perjuangan yang sangat berbaloi sehingga akhirnya mendapat juara,” katanya kepada TV Sabah.

1003728031
Solhairi menerima hadiah kemenangan setelah diumumkan sebagai juara Butitin Kalimaran 2026

Mencuri perhatian menerusi persembahan lagu Lumpaiku Nangkuliman, nyanyian asal Syahrin Amud, Solhairi memilih lagu itu kerana tertarik dengan keindahan lirik dan mesejnya yang dekat dengan jiwa.

Untuk memastikan persembahannya benar-benar sampai kepada pendengar, dia mengakui lagu itu perlu dipelajari berulang kali sebelum dapat dibawakan dengan penghayatan dan gaya tersendiri.

“Saya bukan belajar lagu ini sekali sahaja, tetapi berkali-kali untuk mendapatkan perasaan sebenar lagu ini. Setelah sudah dapat penghayatannya, barulah saya berani membawakan lagu ini dengan cara saya sendiri,” jelasnya.

Di sebalik kemenangan itu, persiapannya bukan tanpa cabaran. Kesibukan sebagai penjawat awam menyebabkan masa untuk berlatih agak terhad, malah dia terpaksa mencuri masa ketika waktu rehat di pejabat untuk mendengar dan menghayati lagu.

Menariknya, Solhairi pada awalnya tidak merancang menyertai pertandingan itu sebelum mendapat dorongan rakan-rakan yang meyakinkannya bahawa tahun ini mungkin menjadi miliknya.

Kejayaan itu turut disaksikan ibu bapa, ahli keluarga dan rakan-rakan yang sanggup datang dari jauh untuk memberikan sokongan.

Tambahnya, kemenangan tersebut bukan sekadar sebuah trofi, tetapi hadiah istimewa untuk semua yang sentiasa percaya dan menyokong perjalanan seninya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Are you human? Please solve:Captcha


Sponsored

Ready to get noticed? Advertise with us!

Klik gambar untuk maklumat lanjut


This will close in 15 seconds

TV Sabah | News Portal