Kontraktor maut dipercayai terkena renjatan elektrik di Kudat

6d24be6e 57f3 44dd 9b32 7336ddcb992f

Oleh: Nurul Fazliana Norman

KUDAT: 28 Oktober 2026 – Seorang kontraktor warga Filipina berusia 56 tahun maut dipercayai akibat terkena renjatan elektrik ketika menjalankan kerja pemasangan dan pembaikan lampu berhampiran pintu pagar SJK (C) Lok Yuk, Batu 1, Kudat, pagi kelmarin.

Kejadian dilaporkan berlaku kira-kira jam 8.20 pagi. Polis menerima maklumat dan bergegas ke lokasi untuk menjalankan siasatan.

Pemeriksaan awal mendapati mangsa terbaring di kawasan luar pintu gerbang sekolah berkenaan.

Berdasarkan maklumat awal, dipercayai mangsa terkena renjatan elektrik dan terjatuh setelah tangga yang digunakan tersentuh kabel elektrik.

Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Kudat untuk tindakan lanjut.

Ketua Polis Daerah Kudat, Superintenden Mohd Haris Ibrahim, berkata kes itu diklasifikasikan sebagai Laporan Kematian Mengejut (SDR).

Polis menjalankan siasatan lanjut untuk mengenal pasti keadaan sebenar kejadian.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Are you human? Please solve:Captcha


Sponsored

Ready to get noticed? Advertise with us!

Klik gambar untuk maklumat lanjut


This will close in 15 seconds

TV Sabah | News Portal