72 warganegara Malaysia ditahan di luar negara kerana dadah

IMG 20261023 WA0010

Oleh: Zaidul Khair bin Jungkim

KUALA LUMPUR: 23 OKTOBER 2026 – Seramai 72 warganegara Malaysia dilaporkan ditahan di luar negara kerana disyaki terbabit dalam kesalahan dadah sepanjang Januari hingga 15 Oktober 2026. Kes berkenaan turut melibatkan rampasan 1,704 kilogram dadah bernilai RM81.76 juta.

Menurut Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Polis Diraja Malaysia (PDRM), Thailand merekodkan jumlah tangkapan tertinggi dengan 19 orang, diikuti Indonesia seramai 16 orang.

Taiwan mencatatkan lapan tangkapan, begitu juga Singapura. Jepun merekodkan lima tangkapan, manakala Filipina mencatatkan empat orang. India mencatatkan tiga tangkapan, begitu juga Hong Kong.

Antara kes utama ialah penahanan lima rakyat Malaysia di Lapangan Terbang Haneda, Tokyo pada Oktober ini kerana disyaki cuba menyeludup lima kilogram kokain bernilai RM3.1 juta.

Di Macau, seorang lelaki Malaysia ditahan dalam kes melibatkan hampir tiga kilogram heroin. Seorang lagi rakyat Malaysia ditahan di Pusat Pemeriksaan Tuas, Singapura selepas pemeriksaan menemukan heroin, methamphetamine bersama ganja.

JSJN memberi amaran bahawa sindiket dadah antarabangsa mungkin memperdaya rakyat Malaysia melalui tawaran pekerjaan, imbuhan lumayan atau tugas menghantar barangan.

PDRM mengingatkan rakyat Malaysia supaya mematuhi undang-undang negara yang dikunjungi kerana kesalahan dadah boleh membawa hukuman berat, termasuk hukuman mati di sesetengah negara.

Sumber: Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Polis Diraja Malaysia (PDRM),

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Are you human? Please solve:Captcha


Sponsored

Ready to get noticed? Advertise with us!

Klik gambar untuk maklumat lanjut


This will close in 15 seconds

TV Sabah | News Portal