Pusat hiburan Kampung Pandan diserbu, 190 warga asing ditahan

IMG 3416

Oleh: Nurul Fazliana Norman

KUALA LUMPUR: 17 Oktober 2026 – Seramai 190 warga asing ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dalam Ops Gegar di sebuah pusat hiburan sekitar Kampung Pandan, awal pagi tadi.

Operasi Bahagian Penguatkuasaan JIM yang bermula kira-kira 4 pagi itu melibatkan 107 pegawai pelbagai pangkat dengan kerjasama Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Pengarah operasi berkata 235 warga asing diperiksa sepanjang operasi berkenaan, dengan 190 individu terdiri daripada 99 lelaki dan 91 perempuan berusia 20 hingga 41 tahun ditahan kerana disyaki melakukan pelbagai kesalahan imigresen.

“Mereka yang ditahan terdiri daripada warga Indonesia, Bangladesh dan India,” katanya.

Kesemua individu berkenaan dibawa ke Depot Tahanan Imigresen KLIA untuk siasatan dan tindakan lanjut.

Kes disiasat mengikut Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

JIM menegaskan operasi penguatkuasaan akan terus dipergiat untuk mengesan warga asing yang tidak memiliki dokumen perjalanan atau pas sah, tinggal lebih masa, selain menyalahgunakan pas.

Tindakan turut diambil terhadap majikan atau pihak yang didapati menggaji, melindungi atau bersubahat dengan pendatang asing tanpa izin (PATI) mengikut peruntukan undang-undang berkuat kuasa.

Sumber: JIM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Are you human? Please solve:Captcha


Sponsored

Ready to get noticed? Advertise with us!

Klik gambar untuk maklumat lanjut


This will close in 15 seconds

TV Sabah | News Portal