65 tandan sawit, lelaki ditahan disyaki curi hasil ladang

IMG 3391

Oleh: Nurul Fazliana Norman

TAWAU: 16 Oktober 2026 – Seorang lelaki berusia 52 tahun ditahan polis untuk membantu siasatan kes disyaki mencuri buah kelapa sawit di sebuah kawasan ladang di Kalabakan, dengan 65 tandan buah sawit dan sebuah kenderaan pacuan empat roda dirampas.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Rosdi Mat Jusoh berkata, tangkapan dilakukan anggota Balai Polis Kalabakan kira-kira jam 11 pagi.

Sebelum itu, seorang lelaki yang bertugas sebagai Biro Keselamatan Ladang membuat laporan polis selepas melihat sebuah kenderaan pacuan empat roda yang sarat dengan muatan berhenti di kawasan ladang kira-kira jam 5.40 pagi.

Hasil pemeriksaan mendapati, seorang lelaki mendakwa diarahkan oleh individu lain untuk mengambil buah kelapa sawit berkenaan dengan upah RM350 setiap tan.

Susulan kejadian itu, polis menahan seorang lelaki berusia 52 tahun di hadapan Balai Polis Kalabakan untuk membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

Polis menegaskan tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana individu yang disyaki terbabit dalam kegiatan jenayah.

Orang ramai dinasihatkan supaya tidak mengambil atau memindahkan hasil ladang tanpa kebenaran pemilik dan menyalurkan maklumat kepada polis sekiranya mengesan sebarang aktiviti mencurigakan.

Sumber: Polis Daerah Tawau

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Are you human? Please solve:Captcha


Sponsored

Ready to get noticed? Advertise with us!

Klik gambar untuk maklumat lanjut


This will close in 15 seconds

TV Sabah | News Portal