PDRM tahan 29 individu dalam Op Mega TikTok 2026

WhatsApp Image 2026 10 16 at 12.04.25 PM 2

Oleh: Zaidul Khair bin Jungkim

KUALA LUMPUR: 16 Oktober 2026 – Seramai 29 individu ditahan dalam Op Mega TikTok 2026 yang dilaksanakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada 10 hingga 12 Oktober lalu, melibatkan 11 kontinjen polis dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Operasi itu bertujuan membanteras penyebaran propaganda pertubuhan yang diwartakan sebagai haram melalui platform media sosial demi memelihara keselamatan negara.

Kementerian Dalam Negeri (KDN) menerusi PDRM menegaskan komitmen untuk meneruskan penguatkuasaan tegas terhadap kegiatan jenayah terancang yang boleh menggugat ketenteraman awam.

Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail menegaskan keselamatan negara tidak boleh dikompromi. Penguatkuasaan tegas bersama sokongan masyarakat penting untuk membendung kegiatan jenayah.

PDRM kini meneruskan siasatan untuk mengenal pasti peranan setiap individu yang ditahan, termasuk kemungkinan penglibatan mereka dalam aktiviti jenayah lain.

Orang ramai diingatkan supaya tidak menyebarkan propaganda pertubuhan haram atau kandungan yang berpotensi mencetuskan kegusaran awam.

Sebaliknya, maklumat berkaitan kegiatan jenayah hendaklah disalurkan melalui saluran rasmi PDRM atau balai polis berhampiran untuk tindakan lanjut.

Kerjasama masyarakat amat penting dalam memastikan keselamatan negara terus terpelihara. Keselamatan ialah tanggungjawab bersama.

Sumber: Kenyataan Media Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Polis Diraja Malaysia (PDRM)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Are you human? Please solve:Captcha


Sponsored

Ready to get noticed? Advertise with us!

Klik gambar untuk maklumat lanjut


This will close in 15 seconds

TV Sabah | News Portal