Kanak-kanak 11 tahun maut terkena tembakan ginsok di Sook

WhatsApp Image 2026 10 13 at 12.28.32 PM

Oleh: Zaidul Khair bin Jungkim

KENINGAU: 13 Oktober 2026 – Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun maut selepas terkena tembakan senjata api buatan sendiri di sebuah pondok kebun getah di Kampung Mampulut, Sook, pada 10 Oktober lalu.

Ketua Polis Daerah Keningau, Superintenden Erwansyah bin Abdul Basir berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu kira-kira jam 2.35 petang.

Siasatan awal mendapati mangsa berada di pondok kebun bersama seorang lagi kanak-kanak sebelum satu das tembakan dilepaskan. Senjata yang digunakan dipercayai senjata api buatan sendiri yang dikenali sebagai ginsok.

Mangsa dibawa ke Hospital Keningau untuk rawatan kecemasan sebelum disahkan meninggal dunia. Bedah siasat yang dijalankan di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu, pada 11 Oktober mengesahkan kematian mangsa berpunca daripada kecederaan tembakan pada kepala.

Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 berkaitan pengabaian kanak-kanak, selain Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960 berkaitan pemilikan senjata api tanpa lesen atau permit sah.

Sumber: Polis Daerah Keningau

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Are you human? Please solve:Captcha


Sponsored

Ready to get noticed? Advertise with us!

Klik gambar untuk maklumat lanjut


This will close in 15 seconds

TV Sabah | News Portal