Ewon sumbang kelengkapan RM23,600 kepada Poliklinik Penampang

ef0405ec 277b 4bc1 abf0 a1da5969c03b

Oleh: Nurul Fazliana Norman

PENAMPANG: 10 Oktober 2026 – Sebanyak 20 kerusi roda dan 40 kerusi berangkai bernilai RM23,600 disumbangkan kepada Poliklinik Penampang oleh Timbalan Ketua Menteri III Sabah, Datuk Ewon Benedick, untuk memenuhi keperluan pesakit di klinik berkenaan.

Ewon yang juga Ahli Parlimen Penampang berkata, sumbangan itu susulan kunjungannya ke Pejabat Kesihatan Daerah Penampang pada 22 September lalu, apabila beliau dimaklumkan mengenai keperluan kelengkapan berkenaan.

Katanya, kesemua kelengkapan itu dibeli menggunakan peruntukan khas Ahli Parlimen Penampang.

“Saya berharap kelengkapan ini dapat membantu memenuhi keperluan dan meningkatkan keselesaan pesakit yang mendapatkan perkhidmatan perubatan di sini,” katanya.

Sumbangan itu diterima Pegawai Kesihatan Daerah Penampang, Dr Euphrasia Anak Bari, ketika kunjungan Ewon ke klinik berkenaan hari ini.

Pada tahun 2024, Ewon turut menyalurkan peruntukan khas Ahli Parlimen berjumlah RM200,000 pembinaan dua kabin untuk perkhidmatan rehabilitasi dan tuberkulosis (tibi), termasuk anjung menunggu di bangunan Klinik Ibu dan Anak, Klinik Kesihatan Penampang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Are you human? Please solve:Captcha


Sponsored

Ready to get noticed? Advertise with us!

Klik gambar untuk maklumat lanjut


This will close in 15 seconds

TV Sabah | News Portal