Universiti Malaya pecah rekod, masuk kelompok 200 terbaik dunia

ac4c782c 1504 4d99 a717 520c0956515d 55045B25 A345 44E5 AC94 05865948678D

KUALA LUMPUR: 1 Oktober 2026 — Universiti Malaya (UM) melakar sejarah baharu dalam landskap pendidikan negara dengan berjaya menembusi kelompok 200 universiti terbaik dunia.

Kejayaan itu menyaksikan UM melonjak ke kedudukan ke-194 dalam Penarafan Universiti Dunia Times Higher Education (THE) 2027.

Pencapaian itu menjadikan UM universiti pertama di Malaysia yang berjaya menembusi kelompok elit 200 terbaik dunia dalam sistem penarafan berkenaan.

Naib Canselor UM, Datuk Seri Profesor Ir. Dr. Noor Azuan Abu Osman, menyifatkan lonjakan itu sebagai pengiktirafan besar terhadap mutu akademik negara di peringkat global.

“Menembusi kelompok 200 terbaik dunia ini bukanlah satu garis penamat, sebaliknya ia satu penyataan azam bahawa Universiti Malaya kini bergerak dengan keyakinan yang lebih tinggi,” katanya.

Lonjakan itu menunjukkan kemajuan luar biasa berbanding edisi 2023 yang menyaksikan universiti tertua negara itu berada dalam kelompok kedudukan 351 hingga 400 dunia.

Sistem penarafan antarabangsa terkemuka itu mengukur prestasi institusi pengajian tinggi berteraskan lima tonggak utama, termasuk kualiti penyelidikan dan persekitaran pengajaran.

Dalam penilaian edisi kali ini, UM mencatatkan markah tertinggi menerusi dua kriteria utama, iaitu Prospek Antarabangsa dan Kualiti Penyelidikan.

Kejayaan bersejarah itu turut mendapat maklum balas positif dari Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang menyifatkannya sebagai bukti keupayaan universiti tempatan bersaing di peringkat global.

Sumber: Universiti Malaya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Are you human? Please solve:Captcha


Sponsored

Ready to get noticed? Advertise with us!

Klik gambar untuk maklumat lanjut


This will close in 15 seconds

TV Sabah | News Portal