PBS gesa Pemuda kekal bersatu selepas pemilihan

PBS AGM wanita pemuda 250926

oleh David E.

KOTA KINABALU: 25 September 2026 – Pemangku Presiden PBS, Datuk Seri Panglima Dr Joachim Gunsalam, mengingatkan calon Exco Pemuda PBS Pusat supaya bertanding dalam semangat setiakawan, perpaduan dan kekeluargaan kerana pemilihan parti ialah proses demokrasi yang tidak boleh memecah belah.

“Bertandinglah sebagai sahabat, selesai bertanding kita kembali sebagai satu keluarga,” katanya pada Persidangan Perwakilan Tahunan Pergerakan Pemuda PBS Kali Ke-41.

Beliau berkata penyertaan ramai ahli Pemuda untuk bertanding menunjukkan perkembangan positif dan membuktikan masih ramai generasi muda bersedia tampil, memikul tanggungjawab, dan menyumbang tenaga dan idea untuk perjuangan parti.

“PBS kekal relevan dan mempunyai barisan pelapis yang bersedia meneruskan perjuangan,” katanya.

Beliau mengucapkan tahniah kepada Datuk Dr Christopher Mandut yang terus diberi mandat sebagai Ketua Pemuda PBS Pusat, tiga Timbalan Ketua Pemuda Stanly Leo, Louis Lai dan Khairol Majde Kalimin, dan tiga Naib Ketua Pemuda yang menang.

“Yang menang, hulurkan tangan kepada yang belum berjaya. Yang belum berjaya, teruskan perjuangan dan berikan sokongan kepada mereka yang telah diberi mandat,” katanya.

Beliau menegaskan perkara paling penting bukan siapa menang atau kalah, tetapi bagaimana semua pihak kembali bersatu, merapatkan barisan dan menguatkan PBS.

Beliau mahu kepimpinan Pemuda PBS baharu menjadi pasukan lebih kukuh, dinamik dan bersatu.

“Kita memerlukan Pemuda yang berani membawa idea baharu, tetapi pada masa sama memahami sejarah, prinsip dan asas perjuangan parti,” katanya.

Beliau berterima kasih kepada kepimpinan, perwakilan dan ahli PBS yang memberi kepercayaan untuk beliau terus menerajui parti. Kepercayaan itu, katanya, amanah besar.

Walaupun berbeza bahagian, latar belakang dan generasi, beliau berkata semua mempunyai matlamat sama, iaitu melihat PBS terus kuat, bersatu dan berperanan untuk rakyat dan negeri Sabah.

“Bersatu! Bersatu! Bersatu!” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Are you human? Please solve:Captcha


Sponsored

Ready to get noticed? Advertise with us!

Klik gambar untuk maklumat lanjut


This will close in 15 seconds

TV Sabah | News Portal