61 PATI Filipina Dipindah Balik Ke Bongao

Gambar Kenit YouTube Berita Umum Berita Generik Biru Gelap Merah Putih 1

Oleh: Zaidul Khair bin Jungkim

KOTA KINABALU: 22 September 2026 – Seramai 61 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) warganegara Filipina dipindahkan balik ke negara asal melalui laluan laut dari Depot Imigresen Tawau ke Pelabuhan Bongao, Filipina.

Program pemindahan tahanan itu dilaksanakan Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Sabah melalui ICQS Lahad Datu menggunakan feri komersial.

Jumlah itu terdiri dari 43 lelaki dewasa, sembilan perempuan dewasa, empat kanak-kanak lelaki dan lima kanak-kanak perempuan berusia enam hingga 65 tahun. Kanak-kanak terbabit diiringi ibu bapa atau pengiring masing-masing sepanjang proses pemindahan.

Sehingga kini, 5,294 tahanan PATI telah dipindahkan ke negara asal. Dari jumlah itu, 3,516 warganegara Filipina, 1,488 warganegara Indonesia, 120 warganegara Pakistan, 127 warganegara China, 21 warganegara Vietnam dan 22 tahanan dari negara lain.

“Kesemua tahanan telah selesai menjalani hukuman mengikut peruntukan undang-undang ditetapkan. Mereka turut memiliki Dokumen Perjalanan (TD) sah untuk mengikuti proses pemindahan ke negara asal,” menurut kenyataan itu.

Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Sabah menyeru orang ramai supaya tidak melindungi atau menggaji PATI.

Sebarang maklumat berkaitan PATI boleh dilaporkan kepada Jabatan Imigresen Sabah melalui portal SISPAA.

Sumber: Jabatan Imigresen Sabah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Are you human? Please solve:Captcha


Sponsored

Ready to get noticed? Advertise with us!

Klik gambar untuk maklumat lanjut


This will close in 15 seconds

TV Sabah | News Portal