Pemegang UNHCR masih tertakluk kepada Akta Imigresen – JIM

11AFB493 2FC6 408A A11D 9B848FACE5C1 08F564AE EA60 446E 934A E0390AA96E03

KUALA LUMPUR: 8 September 2026 — Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menjelaskan pelarian yang memiliki kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian (UNHCR) yang sah masih tertakluk kepada Akta Imigresen 1959/63.

Menurut JIM, pemegang kad UNHCR boleh dikenakan tindakan jika melakukan kesalahan imigresen lain, termasuk bekerja tanpa pas atau permit yang sah.

Majikan yang menggaji pelarian pemegang kad UNHCR tanpa kebenaran turut boleh dikenakan tindakan.

JIM berkata, pengecualian hanya diberikan terhadap dua kesalahan iaitu tidak memiliki dokumen perjalanan atau pas yang sah, dan tinggal lebih masa.

JIM menegaskan pengecualian itu tidak bermaksud pemegang kad UNHCR dikecualikan daripada peruntukan lain di bawah Akta Imigresen 1959/63.

Pengurusan pelarian dan pemohon suaka di Malaysia dilaksanakan berdasarkan Arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN) No. 23 dan Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pelarian dan Pemohon Suaka.

Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan JIM dipertanggungjawabkan melaksanakan pendaftaran pelarian melalui Program Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP).

JIM menegaskan komitmennya untuk melaksanakan penguatkuasaan imigresen secara tegas dan berlandaskan undang-undang dan dasar Kerajaan.

Sumber: Jabatan Imigresen Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Are you human? Please solve:Captcha


Sponsored

Ready to get noticed? Advertise with us!

Klik gambar untuk maklumat lanjut


This will close in 15 seconds

TV Sabah | News Portal