172 tahanan PATI warga Filipina dipindahkan pulang

7d02cc2e fa0b 4155 9ac0 c0305a123431 1E2D440C 6919 40E7 A8B8 8A29BB078B32

LAHAD DATU, 2 September 2026 — Seramai 172 tahanan pendatang asing tanpa izin (PATI) warganegara Filipina dipindahkan ke negara asal menerusi program pemindahan tahanan melalui laut Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah.

Mereka terdiri daripada 129 lelaki dewasa, 25 perempuan dewasa, lapan kanak-kanak lelaki dan 10 kanak-kanak perempuan berusia antara satu hingga 63 tahun. Kanak-kanak yang menyertai program itu turut diiringi ibu bapa atau pengiring masing-masing.

Kesemua tahanan dari Depot Imigresen Tawau itu dipindahkan melalui ICQS Lahad Datu ke Pelabuhan Bongao, Filipina menggunakan feri komersial.

Sehingga kini, 4,947 tahanan PATI telah dipindahkan ke negara asal, membabitkan 3,197 warga Filipina, 1,471 warga Indonesia, 120 warga Pakistan, 116 warga China, 21 warga Vietnam dan 22 warga lain.

Menurut JIM Sabah, kesemua tahanan telah selesai menjalani hukuman dan mempunyai Travel Document yang sah. Orang ramai diseru tidak melindungi atau menggaji PATI dan segera melaporkan melalui saluran rasmi jabatan.

Sumber: Jabatan Imegresen Negeri Sabah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Are you human? Please solve:Captcha


Sponsored

Ready to get noticed? Advertise with us!

Klik gambar untuk maklumat lanjut


This will close in 15 seconds

TV Sabah | News Portal