Kesihatan Mental Remaja Makin Membimbangkan

IMG 20260829 WA0010

KOTA KINABALU: 29 Ogos 2026 – Kerajaan komited memperkukuh sokongan kesihatan mental di peringkat keluarga, sekolah, komuniti susulan peningkatan prevalens kemurungan dalam kalangan remaja di Malaysia.

Menteri Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat, Julita Majungki berkata, dapatan National Health and Morbidity Survey (NHMS) menunjukkan prevalens kemurungan remaja meningkat dari 17.7 peratus pada 2012 ke 26.9 peratus pada 2022.

IMG 20260829 WA0013

“Peratus remaja yang melaporkan berasa kesunyian turut meningkat dari 8.1 peratus ke 16.2 peratus dalam tempoh yang sama,” katanya ketika merasmikan Seminar Kependudukan Peringkat Negeri Sabah Sempena Sambutan Hari Penduduk Sedunia Tahun 2026 di Dewan Rafflesia Politeknik, di sini, Jumaat.

Menurut beliau, Pasukan Perkhidmatan Sokongan Kesihatan Mental dan Psikososial (MHPSS) diperkasa untuk merawat kecelaruan mental dengan menyediakan khidmat kaunseling.

Program saringan kesihatan mental, fizikal turut diselaraskan di sekolah, komuniti, termasuk kawasan luar bandar.

Sabah turut berdepan fenomena penuaan penduduk yang memerlukan perancangan rapi.

“Peralihan demografi memerlukan sistem sokongan yang mesra usia,” ujarnya.

Sumber: JAPEN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Are you human? Please solve:Captcha


Sponsored

Ready to get noticed? Advertise with us!

Klik gambar untuk maklumat lanjut


This will close in 15 seconds

TV Sabah | News Portal