Lebih 100 pelajar Sabah terima tajaan PETRONAS

ccf1b3e8 723a 4ac0 a109 9e9ebab8206d

KOTA KINABALU: 29 Ogos 2026 — Lebih 100 pelajar cemerlang lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dari Sabah menerima tajaan pendidikan menerusi Program Tajaan Pendidikan PETRONAS Memperkasakan Ilmu Sabah 2026, manakala 25 pelajar sekolah menengah menerima Biasiswa Kecil PETRONAS.

Menteri Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk James Ratib berkata, tajaan itu memberi peluang kepada lebih ramai anak Sabah melanjutkan pendidikan dan membangunkan kemahiran yang diperlukan industri.

“Pendidikan merupakan antara pelaburan paling penting untuk masa depan Sabah. Pembangunan modal insan bukan perkara sampingan tetapi sebahagian daripada agenda utama Negeri Sabah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan pada Majlis Penyampaian Anugerah Tajaan Pendidikan PETRONAS Memperkasakan Ilmu Sabah 2026, di Kota Kinabalu, kelmarin.

Tambahnya, keperluan tenaga mahir di Sabah semakin meluas sejajar dengan pergerakan negeri ke arah ekonomi yang lebih pelbagai, termasuk dalam sektor minyak dan gas, perkilangan, pembinaan, tenaga, pelancongan, pertanian, teknologi dan ekonomi digital.

Sehubungan itu, James berkata Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) perlu dilihat sebagai laluan utama untuk melahirkan tenaga mahir dan bukan pilihan kedua.

“Apabila kerajaan, institusi pendidikan dan industri bergerak bersama, barulah kita dapat melahirkan tenaga kerja Sabah yang benar-benar memenuhi keperluan industri,” katanya.

Turut hadir Naib Presiden Kanan Pengurusan Petroleum Malaysia PETRONAS, Datuk Ir. Dr. Bacho Pilong dan Pengarah Pendidikan Negeri, Abidin Marjan.

Sumber: JAPEN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Are you human? Please solve:Captcha


Sponsored

Ready to get noticed? Advertise with us!

Klik gambar untuk maklumat lanjut


This will close in 15 seconds

TV Sabah | News Portal