Bengkel solekan tarik minat komuniti Koidupan

WhatsApp Image 2026 08 27 at 11.47.22 AM

Oleh: Zaidul Khair bin Jungkim

PENAMPANG: 27 Ogos 2026 – Program Sembang Santai Kampung Koidupan mendapat sambutan menggalakkan menerusi Bengkel Asas Solekan Dandanan, memberi peluang kepada wanita, belia, ibu tunggal menimba kemahiran baharu.

Pengerusi Komuniti MADANI Kg. Koidupan, Stefania Richard, menyambut baik inisiatif anjuran Pejabat Penerangan Daerah Penampang bersama Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS).

WhatsApp Image 2026 08 27 at 9.19.46 AM edited

Menurutnya, program berkenaan membuktikan platform penyampaian maklumat kerajaan kini lebih fleksibel, inklusif, selain mampu memperkasa kemahiran komuniti akar umbi.

“Menerusi sesi demonstrasi kendalian tenaga pengajar KEMAS, peserta didedahkan dengan teknik solekan harian, pemilihan produk bersesuaian, panduan penampilan diri yang berketerampilan.

“Kemahiran praktikal seperti ini bukan sahaja meningkatkan keyakinan diri, malah berpotensi menjana pendapatan sampingan sekiranya dimanfaatkan secara serius,” katanya ketika ditemui media pada program berkenaan, di sini, Selasa.

WhatsApp Image 2026 08 27 at 9.19.47 AM

Program turut melibatkan pengedaran bahan penerbitan rasmi, perkongsian isu semasa, sesi dialog santai bersama penduduk setempat.

Turut hadir Pegawai Penerangan Daerah Penampang, Norhafiezah Abd Aziz, tenaga pengajar KEMAS, Nurhafiza Tahir.

Sumber: JAPEN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Are you human? Please solve:Captcha


Sponsored

Ready to get noticed? Advertise with us!

Klik gambar untuk maklumat lanjut


This will close in 15 seconds

TV Sabah | News Portal