Dayak perlu bangkit manfaat kekayaan sumber Borneo

869ee3a6 56d4 4fff baf3 8146a261ac9c

PENAMPANG: 22 Ogos 2026 — Masyarakat Dayak di Pulau Borneo perlu bangkit memanfaatkan kekayaan sumber alam yang dimiliki untuk membentuk masa depan lebih baik.

Seruan itu disampaikan Drs. Agustinus Clarus ketika berucap pada sambutan Hari Orang Asal yang berlangsung hari ini di Koisaan Cultural Village (KCV), KDCA Penampang.

Bertemakan “Indigenous People and AI”, sambutan itu turut menekankan kepentingan masyarakat Orang Asal menyesuaikan diri dengan perkembangan teknologi dan kecerdasan buatan.

Agustinus berkata, masyarakat Dayak merupakan majoriti di Pulau Borneo dari segi penduduk, ekonomi dan kebudayaan, selain memiliki sumber alam yang kaya termasuk hutan dan hasil perlombongan.

Namun, katanya, kekayaan itu menimbulkan persoalan mengapa masih terdapat masyarakat Dayak yang hidup dalam kemiskinan di kawasan yang kaya dengan sumber.

“Kenapa kita orang Dayak tinggal di atas bumi yang kaya raya? Kita punya udara, kita punya pohon kayu, kita punya pertambangan, gold mining, bauxite mining, tetapi kita masih miskin tinggal di daerah yang kaya,” katanya.

Sehubungan itu, beliau mengajak pemimpin dan masyarakat Dayak di Pulau Borneo memikirkan langkah untuk mengubah keadaan berkenaan.

Menurutnya, usaha itu memerlukan solidariti dan kesatuan dalam kalangan masyarakat Dayak tanpa menjadikan perbezaan sub-etnik dan agama sebagai punca perpecahan.

“Bagaimana kita mau pegang politik, bagaimana mau pegang ekonomi kalau kita tidak bersatu,” katanya.

Beliau berkata, kesatuan penting untuk memastikan identiti dan kebijaksanaan tempatan masyarakat Dayak tidak hilang ditelan perkembangan zaman.

Agustinus turut menyeru masyarakat Dayak menguasai teknologi termasuk kecerdasan buatan (AI) untuk membentuk masa depan masyarakat itu.

Katanya, perkembangan teknologi seperti Internet Pelbagai Benda (IoT), data raya dan AI boleh dimanfaatkan untuk membantu masyarakat Dayak berkembang dalam bidang ekonomi, pendidikan dan kebudayaan.

“Kita mau membentuk kita punya masa depan, shaping our future,” katanya.

Beliau turut menyeru masyarakat Dayak memperkukuh keupayaan dalam bidang media dan teknologi serta membawa identiti Dayak ke peringkat global.

Menurutnya, usaha itu memerlukan kerjasama dan solidariti supaya masyarakat Dayak dapat membentuk masa depan bersama.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Are you human? Please solve:Captcha


Sponsored

Ready to get noticed? Advertise with us!

Klik gambar untuk maklumat lanjut


This will close in 15 seconds

TV Sabah | News Portal