Sabah tuan rumah Hari Orang Asal Sedunia kali kedua

bb4c9fe9 e771 4a22 b8ea c9af0d3cbcc2 2 1

Oleh: Zaidul Khair bin Jungkim

KOTA KINABALU: 19 Ogos 2026 – Sabah bakal menjadi tuan rumah sambutan Hari Orang Asal Sedunia kali kedua yang berlangsung selama tiga hari, dari 21 hingga 23 Ogos ini di Hongkod Koisaan, Penampang.

Presiden Borneo Dayak Forum, Jeffrey G. Kitingan berkata, sambutan itu merupakan sebahagian daripada Hari Orang Asal Sedunia yang diraikan setiap 9 Ogos, khusus untuk wilayah Borneo membabitkan Sabah, Sarawak, Kalimantan, dan Brunei.

Beliau berkata, sambutan pertama di Sabah berlangsung pada 2023 sebelum Sarawak menjadi tuan rumah pada 2024, disusuli Kalimantan di Palangka Raya pada 2025.

“Jadi, kita sudah melalui satu pusingan, kembali kepada negeri Sabah. Sepatutnya Brunei menjadi tuan rumah, tetapi Brunei belum bersedia,” katanya.

Menurutnya, kira-kira 250 peserta luar dari Sarawak, Kalimantan selain Brunei dijangka menyertai sambutan kali ini.

Katanya, istilah Dayak merangkumi orang asal Borneo yang terdiri daripada pelbagai kaum seperti Iban, Kadazan, Murut.

KDCA selaku sebahagian daripada Borneo Dayak Forum memainkan peranan penting dalam penganjuran kali ini sebagai tuan rumah.

Beliau berharap peserta luar pulang bukan sekadar membawa kenangan, malah lebih ramai kenalan, pengetahuan, seterusnya menjadi duta kepada persahabatan untuk perpaduan Borneo.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Are you human? Please solve:Captcha


Sponsored

Ready to get noticed? Advertise with us!

Klik gambar untuk maklumat lanjut


This will close in 15 seconds

TV Sabah | News Portal