Oleh: Nurul Fazliana Norman
KUCHING: 12 Ogos 2026 – Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah Sarawak (MSSS) Kali Ke-53 Tahun 2026 yang dijadualkan berlangsung di Stadium Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) pada 10 hingga 14 Ogos ini ditangguhkan susulan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada paras tidak sihat di daerah Samarahan.
Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak (JPNS) memaklumkan dalam kenyataan media, keputusan itu dibuat untuk memastikan kesihatan, keselamatan, kebajikan atlet dan warga pendidikan yang terlibat dalam kejohanan berkenaan terpelihara.
JPNS turut mengambil kira keadaan cuaca panas yang melanda negara dan bacaan IPU tidak sihat di beberapa lokasi di Sarawak.
Tarikh baharu kejohanan akan diumumkan kelak.
Sumber: Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak

