KMJG menyemarakan semangat patriotisme

IMG 20260808 WA0006

Oleh: Zaidul Khair bin Jungkim

SIPITANG: 8 Ogos 2026 – Program Langkah Jiwa Merdeka sempena Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) Peringkat Daerah Sipitang 2026 menyemarakkan semangat patriotisme menerusi penyertaan pelbagai agensi serta komuniti setempat.

Pegawai Daerah Sipitang, Abd Karim M. Zahari berkata, konvoi berjalan kaki bermula dari Pejabat Daerah Sipitang turut memperkukuh Kempen 1 Rumah 1 Jalur Gemilang (1R1JG).

“Konvoi ini melalui beberapa lokasi antaranya Mahkamah Anak Negeri (MAN) Sipitang, Pos Malaysia Cawangan Sipitang, Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Sipitang, KEMAS Sipitang, SJK(C) Chung Hwa Sipitang sebelum berakhir di Majlis Daerah Sipitang.

“Ia menjadi simbolik komitmen bersama antara agensi kerajaan, institusi pendidikan, masyarakat dalam menyemarakkan Sambutan Bulan Kebangsaan, Hari Sabah dan Kempen Kibar Bendera 2026,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan program berkenaan di sini, pada Jumaat.

Menurutnya, program itu bertujuan menggalakkan masyarakat mengibarkan Jalur Gemilang di kediaman, pejabat kerajaan, premis perniagaan dan institusi pendidikan sebagai tanda kecintaan kepada negara.

Katanya, program turun padang itu turut menjadi platform menyampaikan maklumat dasar kerajaan selain memperkukuh hubungan bersama komuniti setempat.

Kemuncak sambutan daerah itu akan berlangsung pada 22 Ogos di Kampung Mendulong dengan kerjasama Pejabat Penerangan Daerah Sipitang, Komuniti MADANI dan agensi kerajaan.

Sumber: JAPEN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Are you human? Please solve:Captcha


Sponsored

Ready to get noticed? Advertise with us!

Klik gambar untuk maklumat lanjut


This will close in 15 seconds

TV Sabah | News Portal