MyKad mekanisme terbaik bendung ketirisan subsidi – Chan

WhatsApp Image 2026 08 03 at 2.18.35 PM

Oleh: Nurul Fazliana Norman

KOTA KINABALU: 3 Ogos 2026 – Penggunaan Kad Pengenalan Malaysia (MyKad) sebagai mekanisme pembelian bahan api bersubsidi merupakan pendekatan paling saksama untuk memastikan kemudahan itu hanya dinikmati warganegara Malaysia, kata Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Chan Foong Hin dalam perasmianMajlis Kembara Merdeka Jalur Gemilang Sabtu lalu.

“Penggunaan MyKad memastikan kesamarataan hak antara warganegara, dan terbukti berkesan dalam membendung isu ketirisan,” katanya selepas menghadiri program komuniti di sini.

Beliau berkata pelaksanaan BUDIDiesel di Sabah wajar diberi kelonggaran memandangkan corak penggunaan bahan api yang berbeza berbanding Semenanjung.

KMJG

Dalam usaha menyemarakkan perpaduan, Chan menyifatkan norma baharu konvoi Merdeka yang diadakan di pasar awam mampu menyampaikan mesej perpaduan terus ke akar umbi, sekaligus mengeratkan silaturahim masyarakat majmuk.

“Selepas melalui pelbagai senario politik, amat penting kita kembali merapatkan barisan dan menyemarakkan semangat perpaduan,” ujarnya, sambil mengajak masyarakat mengibarkan Jalur Gemilang dan Bendera Sabah menjelang sambutan 31 Ogos.

Sementara itu, beliau memaklumkan KPKM sedang menjalankan saringan data untuk memastikan golongan petani tidak tercicir dari menerima bantuan subsidi, susulan maklumat yang diterima dari Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah (MAFFI).

Sumber: JAPEN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Are you human? Please solve:Captcha


Sponsored

Ready to get noticed? Advertise with us!

Klik gambar untuk maklumat lanjut


This will close in 15 seconds

TV Sabah | News Portal