Amir raih emas pertama judo Malaysia di Sukan Komanwel

IMG 0472

GLASGOW: 2 Ogos 2026 — Amir Daniel Abdul Majeed mencipta sejarah dengan menghadiahkan pingat emas pertama Malaysia dalam sukan judo di Sukan Komanwel Glasgow 2026.

Kemenangan dalam kategori 81 kilogram (kg) lelaki semalam itu menyumbang emas kelapan kontinjen negara.

Malaysia kini melepasi sasaran awal lima pingat emas yang ditetapkan pada temasya kali ini.

Setakat hari ke-11, Malaysia mengumpul 14 pingat iaitu lapan emas, tiga perak dan tiga gangsa untuk berada di tangga ke-10 carta kutipan pingat.

Emas negara sebelum ini disumbangkan Datuk Azizulhasni Awang (keirin lelaki), Mohamad Syahmi Nor Ghazali (angkat berat 94kg lelaki), Datuk Abdul Latif Romly (lompat jauh T20), Muhammad Hafizuddin Roslin (angkat berat 88kg lelaki), Muhamad Aznil Bidin (angkat berat 65kg lelaki), Muhammad Erry Hidayat (angkat berat 79kg lelaki) dan Mohamad Aniq Kasdan (angkat berat 60kg lelaki).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Are you human? Please solve:Captcha


Sponsored

Ready to get noticed? Advertise with us!

Klik gambar untuk maklumat lanjut


This will close in 15 seconds

TV Sabah | News Portal